Tarikh Bayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan 2024

Jadual tarikh bayaran pencen 2024 untuk pesara kerajaan Malaysia. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pesara kerajaan boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.

Jadual Pembayaran Pencen Bulanan 2024

Bulan Tarikh Bayaran Hari Catatan
Jan 19.01.2024 Jumaat Hari Thaipusam - 25 Januari 2024 (Khamis)
Feb 21.02.2024 Rabu Tahun Baru Cina - 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
Mac 21.03.2024 Khamis ---
Apr 19.04.2024 Jumaat Hari Raya Puasa - 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei 17.05.2024 Jumaat Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun 12.06.2023 Rabu

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji - 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)

Jul 17.07.2024 Rabu ---
Ogo 21.08.2024 Rabu

---

Sep 20.09.2024 Jumaat ---
Okt 22.10.2024 Selasa Hari Deepavali - 31 Oktober 2024 (Khamis)
Nov 21.11.2024 Khamis ---
Dis 18.12.2024 Rabu Hari Krismas - 25 Disember 2024 (Rabu)

Dokumen rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2023 boleh di muat turun di sini.

Untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan https://www.jpapencen.gov.my/.

jadual tarikh pembayaran pesara kerajaan untuk tahun pencen 2024

Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.