Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024

Jadual dan tarikh gaji 2024 penjawat awam. Gaji kakitangan kerajaan persekutuan lazimnya dibayar pada penghujung bulan dengan cara dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam persekutuan ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2024

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Jan 24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam - 25 Januari 2024 (Khamis)
Feb 23.02.2024 Jumaat Tahun Baru Cina - 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
Mac 25.03.2024 Isnin ---
Apr 25.04.2024 Khamis Hari Raya Puasa - 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei 24.05.2024 Jumaat Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun 13.06.2023 Khamis

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji - 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)

Jul 19.07.2024 Jumaat ---
Ogo 23.08.2024 Jumaat

---

Sep 25.09.2024 Rabu ---
Okt 24.10.2024 Khamis Hari Deepavali - 31 Oktober 2024 (Khamis)
Nov 25.11.2024 Isnin ---
Dis 19.12.2024 Khamis Hari Krismas - 25 Disember 2024 (Rabu)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2024

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2024, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2024

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Bagi pesara kerajaan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2024.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.