Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Tahun 2022

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2022 Malaysia / Malaysia public holidays and school holidays 2022.

Berikut kami senaraikan tarikh hari cuti umum atau kelepasan am persekutuan dan hari cuti umum bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dikongsikan juga maklumat mengenai tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan KPM.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2023

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2022 Malaysia

Berikut adalah grafik kalendar cuti umum dan cuti sekolah bagi tahun 2022.

Kalendar di bawah adalah untuk negeri-negeri dalam Kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), cuti sekolah bermula dan berakhir sehari lebih awal daripada Kumpulan B.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2022

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah Kumpulan B tahun 2022. Klik untuk gambar lebih besar dan jelas

Senarai Hari Kelepasan Am 2022 (Persekutuan Dan Negeri)

(Dikemaskini pada 15 November 2021)

Tarikh (2022) Hari Cuti Negeri
1 Jan Sabtu Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu & Perlis
14 Jan Jumaat Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
18 Jan Selasa Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Selangor, N. Sembilan, Pulau Pinang & Perak
1 Feb Selasa Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
1 Feb Selasa Tahun Baru Cina Semua Negeri
2 Feb Rabu Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu
2 Feb Rabu Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
1 Mac Selasa Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
4 Mac Jumaat Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Rabu Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
3 Apr Ahad Awal Ramadan Johor, Kedah & Melaka
15 Apr Jumaat Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
15 Apr Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
19 Apr Selasa Hari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah & Sarawak
26 Apr Selasa Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Ahad Hari Pekerja Semua Negeri
3 Mei Selasa Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
4 Mei Rabu Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) Semua Negeri
15 Mei Ahad Hari Wesak Semua Negeri
17 Mei Selasa Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Mei Ahad Hari Hol Pahang Pahang
30 Mei Isnin Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Selasa Pesta Kaamatan (Hari Kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Rabu Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Khamis Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) Sarawak
6 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
19 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
7 Jul Khamis Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
9 Jul Sabtu Hari Arafah Terengganu
9 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
10 Jul Ahad Hari Raya Qurban Semua Negeri
11 Jul Isnin Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
11 Jul Isnin Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kedah & Perlis
22 Jul Jumaat Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Sabtu Awal Muharram Semua Negeri
30 Jul Sabtu Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
24 Ogos Rabu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan Semua Negeri
3 Sep Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
16 Sep Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri
1 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
8 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
9 Okt Ahad Maulidur Rasul Semua Negeri
24 Okt Isnin Hari Deepavali * Semua Negeri kecuali Sarawak
4 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Sabtu Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) Kelantan
11 Dis Ahad Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
24 Dis Sabtu Christmas Eve Sabah
25 Dis Ahad Hari Krismas Semua Negeri

* Tertakluk kepada perubahan

Untuk muat turun fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2022, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di pautan ini.

Kalendar Persekolahan 2022

Sesi persekolahan baharu (2022/2023) akan bermula pada 21 Mac 2022 dan berahir pada 17 Februari 2023.

Sila layari Takwim Penggal Persekolahan Sesi 2022/2023 untuk perincian hari persekolahan, hari cuti sekolah dan hari cuti perayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga maklumat mengenai tarikh cuti am persekutuan dan negeri, cuti penggal sekolah dan cuti perayaan sekolah untuk tahun 2022 ini bermanfaat buat para pembaca.