Jadual Gaji 2020 Kakitangan Awam

Jadual dan tarikh gaji 2020 kakitangan kerajaan. Gaji kakitangan sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun setiap penjawat awam.

Bagi kakitangan awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan masuk akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2020 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2020 ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

[Baharu] Tarikh Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Biasanya penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2020

Jadual gaji berikut memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama hari perayaan jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Januari 16.01.2020 Khamis Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari 2020 (Sabtu & Ahad)
Februari 24.02.2020 Isnin ---
Mac 25.03.2020 Rabu ---
April 23.04.2020 Khamis ---
Mei 14.05.2020 Khamis

Hari Raya Puasa 24 & 25 Mei 2020 (Ahad & Isnin)

Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2020 (Sabtu & Ahad)

Jun 22.06.2020 Isnin

Hari Gawai 1 & 2 Jun 2020 (Isnin & Selasa)

Julai 23.07.2020 Khamis

Hari Raya Haji 31 Julai & 1 Ogos 2020 (Jumaat & Sabtu)

Ogos 25.08.2020 Selasa

---

September 24.09.2020 Khamis ---
Oktober 26.10.2020 Isnin ---
November 25.11.2020 Rabu Hari Deepavali 14 November 2020 (Sabtu)
Disember 17.12.2020 Khamis Hari Krismas 25 Disember 2020 (Jumaat)

Untuk perincian maklumat berhubung dengan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia bertajuk Tarikh dan Peraturan Bayaran Gaji Tahun 2020, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2020

Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas

Jadual gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal ANM di http://www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Gunakan jadual gaji 2020 untuk merancang bajet bulanan anda. Padankan dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2020 untuk merancang bajet dan masa percutian keluarga.

Bagi pesara kerajaan persekutuan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2020.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat semua pembaca khususnya para pekerja kerajaan.