Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2020 [Terkini]

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2020 Malaysia / Malaysia public holidays and school holidays 2020.

Berikut kami senaraikan tarikh hari cuti umum / kelepasan am persekutuan dan tarikh cuti umum bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dikongsikan juga maklumat mengenai tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan KPM selepas pindaan terkini berikutan wabak COVID-19.

Semoga kalender/takwim cuti umum 2020 dan cuti sekolah bagi tahun 2020 ini dapat memudahkan anda dalam membuat perancangan awal percutian bersama keluarga, menetapkan tarikh kenduri dan sebagainya.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2021

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2020 Malaysia

Berikut adalah grafik kalendar cuti umum dan cuti sekolah bagi tahun 2020 yang telah dikemaskini dengan perubahan tarikh cuti pertengahan penggal 2 dan cuti akhir tahun. Untuk perincian setiap cuti umum dan cuti sekolah, sila skrol ke bawah dan rujuk pada Senarai Hari Kelepasan Am dan Kalendar Cuti Sekolah.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2020

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2020 terkini. Klik untuk gambar lebih besar dan jelas

Senarai Hari Kelepasan Am 2020 (Persekutuan Dan Negeri)

(Dikemaskini pada 1 Julai 2020)

Tarikh (2020) Hari Cuti Negeri
1 Jan Rabu Tahun Baru 2020 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan Selasa Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan N. Sembilan
19 Jan Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
25 Jan Sabtu Tahun Baru Cina / CNY Semua negeri
26 Jan Ahad Tahun Baru Cina / CNY (hari kedua) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
26 Jan Ahad Tahun Baru Cina (hari kedua) Kelantan & Terengganu
1 Feb Sabtu Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
8 Feb Sabtu Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak & Selangor
4 Mac Ahad Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
22 Mac Ahad Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
23 Mac Isnin Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
10 Apr Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
15 Apr Rabu Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
24 Apr Jumaat Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
26 Apr Ahad Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Jumaat Hari Pekerja / Buruh (Labour Day) Semua negeri
7 Mei Khamis Hari Hol Pahang Pahang
7 Mei Khamis Hari Wesak Semua negeri
10 Mei Ahad Hari Nuzul Al-Quran Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak
24 Mei Ahad Hari Raya Puasa / Aidilfitri* Semua negeri
25 Mei Isnin Hari Raya Puasa / Aidilfitri (hari kedua)* Semua negeri
30 Mei Sabtu Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Ahad Pesta Kaamatan (hari kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Isnin Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Selasa Hari Gawai Dayak (hari kedua) Sarawak
6 Jun Sabtu Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Semua negeri
7 Jul Selasa Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang
11 Jul Sabtu Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
17 Jul Jumaat Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Jul Rabu Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
30 Jul Khamis Hari Arafah Terengganu
31 Jul Jumaat Hari Raya Haji / Aidiladha* Semua negeri
1 Ogo Sabtu Hari Raya Haji / Aidiladha (hari kedua)* Kelantan & Terengganu
1 Ogo Sabtu Hari Raya Haji (hari kedua)* Kedah & Perlis
20 Ogo Khamis Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua negeri
31 Ogo Isnin Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Semua negeri
16 Sep Rabu Hari Malaysia Semua negeri
24 Sep Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
3 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
9 Okt Jumaat Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
10 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
29 Okt Khamis Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) Semua negeri
6 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Nov Rabu Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Khamis Hari Keputeraan Sultan Kelantan (hari kedua) Kelantan
14 Nov Sabtu Hari Deepavali* Semua negeri kecuali Sarawak
11 Dis Jumaat Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
24 Dis Khamis Christmas Eve Sabah
25 Dis Jumaat Hari Krismas Semua negeri

* Tertakluk kepada perubahan

Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2020, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di pautan ini.

Kalendar Cuti Sekolah 2020 Malaysia

(Dikemaskini pada 1 Julai 2020)

Berikut adalah jadual cuti sekolah terkini setelah diubah berikutan wabak COVID-19.

Penjadualan cuti penggal dipecahkan kepada dua - Kumpulan A dan B.

  • Kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
  • Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
⦿ Cuti Penggal dan Cuti Tengah/Akhir Tahun 2020

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2020 seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Pindaan Takwim Persekolahan Tahun 2020.

Cuti Sekolah Tempoh Tarikh Mula & Tamat Cuti
Kumpulan A Kumpulan B
Cuti Pertengahan Penggal 1 9 hari 13.03 - 21.03.2020 14.03 - 22.03.2020
Cuti Pertengahan Tahun 16 hari 22.05 - 06.06.2020 23.05 - 07.06.2020
Cuti Pertengahan Penggal 2 5 hari 20.08 - 24.08.2020 20.08 - 24.08.2020
Cuti Akhir Tahun 14/13 hari 18.12 - 31.12.2020 19.12 - 31.12.2020
⦿ Cuti Perayaan KPM 2020

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual terkini cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2020 selepas pindaan.

Perayaan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan KPM
Kumpulan A Kumpulan B
TAHUN BARU CINA

25.01.2020 (Sabtu) dan
26.01.2020 (Ahad)

23.01.2020 (Khamis)

27.01.2020 (Isnin)

23.01.2020 (Khamis)

24.01.2020 (Jumaat)

HARI RAYA AIDILFITRI
24.05.2020 (Ahad) dan
25.05.2020 (Isnin)

20.05.2020 (Rabu)

21.05.2020 (Khamis)

21.05.2020 (Khamis)

22.05.2020 (Jumaat)

HARI KAAMATAN

30.05.2020 (Sabtu) dan
31.05.2020 (Ahad)

--- ---

HARI GAWAI DAYAK

01.06.2020 (Isnin) dan
02.06.2020 (Selasa)

--- ---

HARI DEEPAVALI
14.11.2020 (Sabtu)

15.11.2020 (Ahad)

16.11.2020 (Isnin)

13.11.2020 (Jumaat)

16.11.2020 (Isnin)

Sumber: Pindaan Takwim Persekolahan 2020 oleh KPM

Catatan:

  • Perayaan Hari Raya Aidilfitri : 24 & 25 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
  • Perayaan Hari Kaamatan : 30 & 31 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak : 01 & 02 Jun 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
  • Perayaan Hari Raya Qurban : 31 Julai & 01 Ogos 2020 (Cuti Ganti pada 02 Ogos 2020 bagi Negeri Kedah dan Negeri Johor sahaja)
  • Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2020 (Dalam Cuti Akhir Tahun)

Semoga maklumat mengenai cuti am persekutuan dan negeri, cuti penggal dan cuti perayaan sekolah ini bermanfaat buat para pembaca.

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2020 dan Kalendar Islam 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah.