Kadar Zakat Fitrah 2020 Setiap Negeri Dan Saluran Pembayaran

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2020 Masihi / 1441 Hijrah. Dikongsikan saluran-saluran pembayaran zakat fitrah secara online dan melalui aplikasi mobile. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.

[Baharu] Kadar Zakat Fitrah 2021 Setiap Negeri Di Malaysia

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil fitrah yang dilantik atau dibayar terus ke Majlis Agama Islam Negeri masing-masing samada bayar di kaunter, secara online atau melalui aplikasi telefon bimbit.

Sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga Ramadan, orang ramai digalakkan membayar zakat fitrah secara online.

Kadar Zakat Fitrah Dan Kaedah Pembayaran

Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2020M/1441H. Disertakan juga senarai saluran pembayaran secara dalam talian dan aplikasi mobile. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.

MalaysiaTercinta.com
Negeri Kadar Saluran Pembayaran
Kelantan

RM7.00 (Namun pembayaran mengikut kadar RM14 atau RM21 adalah digalakkan)

  • Amil
  • Laman e-Zakat payment MAIK https://zakat.e-maik.my/ (FPX, JomPAY, Kad Kredit)
  • Perbankan internet (16 bank)
  • Aplikasi MyMaik eZakat Payment
  • SMS
Terengganu RM7.00
  • Amil
  • Perbankan internet (7 bank)
  • Aplikasi SnapNPay
Pahang RM7.00
Perlis RM7.00
  • Amil
  • Perbankan internet (BIMB, Maybank, CIMB)
  • Aplikasi SnapNPay
Kedah RM5.00, RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Pulau Pinang RM7.00 & RM16.00
  • Amil
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
  • QR Code
  • Aplikasi GoPayZ
  • FPX
Perak RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Selangor RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Negeri Sembilan RM7.00
  • Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
  • Aplikasi ZakatN9
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
Melaka RM7.00 & RM14.00
  • Amil
  • Laman sesawang izakat.com
  • QRPay Bank Muamalat
Johor RM7.00 & RM10.00
Sabah RM6.00 & RM7.50
  • Amil
  • Perbankan internet
  • Portal MyEG
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
Sarawak RM7.00
  • Amil
  • Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
  • Portal MyEG
  • Maybank2U
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
  • Aplikasi SnapNPay
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM5.00 & RM7.00
  • Amil
  • Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ fitrah.zakat.com.my
  • Perbankan internet (14 buah bank)
  • PayHalal
  • MyEG
  • U-Mobile
  • Pos Online

Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:

  • RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur)
  • RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
  • RM14.00 – Beras Super Import/Beras Perang/Beras Pulut/Herba Ponni/Beras Wangi
  • RM21.00 – Beras Basmathi/Beras Jepun/Beras Merah

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore 2020

Kadar Zakat Fitrah 2020 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.

Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2020 / 1441H ialah S$5.10 (kadar biasa) dan S$7.50 (kadar tinggi) seorang. Sumber MUIS.

Zakat fitrah Singapura boleh dibayar secara perbankan internet, aplikasi PayNow, menerusi mesin AXS, mesin ATM atau cek.

Bagi tahun 2019, kadar zakat fitrah di Singapura ialah S$5.00 (kadar biasa) dan S$7.00 (kadar tinggi).

Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.