Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Semakan keputusan peperiksaan secara online. Terkini, kebanyakan keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah boleh disemak secara atas talian.

Ibu bapa tidak perlu lagi pergi ke sekolah untuk check result peperiksaan dan ujian anak-anak. Semakan boleh dibuat di laman-laman web khas yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah maklumat cara membuat semakan keputusan exam secara online.

Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah

Keputusan peperiksaan peringkat sekolah seperti ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR, percubaan PT3 dan percubaan SPM boleh dibuat melalui laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) KPM.

Sila layari SAPS Ibu Bapa untuk panduan cara membuat semakan.

semakan keputusan peperiksaan online

Semakan Keputusan Peperiksaan Berpusat

Peperiksaan berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Ia meliputi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Semua keputusan peperiksaan pusat boleh di semak secara online kecuali keputusan PT3.

Semakan keputusan UPSR, SPM, SPMU dan STAM boleh dibuat melalui laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan dan seterusnya tekan butang "SEMAK".

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing atau JPN.

Semoga panduan semakan keputusan peperiksaan secara online ini sedikit sebanyak membantu anda memantau prestasi pembelajaran anak-anak.