Semakan Permohonan / Rayuan Bantuan Prihatin Nasional BPN

Syarat kelayakan, cara permohonan, jumlah bantuan, tarikh dan cara pembayaran, serta semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

[Terkini 23 Sep 2020] Berita baik, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan - Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan kerajaan. Ia merupakan bantuan one-off kepada rakyat dari golongan B40 dan M40 bagi menghadapi kesan wabak COVID-19.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH). Manakala BPN bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada bulan April dan Mei 2020.

Maklumat Penting Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Jadual di bawah menyatakan syarat kelayakan, jumlah bantuan, tarikh dan cara agihan bantuan Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 & M40.

Kategori & Pendapatan Bulanan Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,000 ke bawah Bujang RM2,001 hingga RM4,000
Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM1,000 RM800 RM500
Tarikh / Amaun Pembayaran

April: RM1,000

Mei: RM600

April: RM500

Mei: RM500

April: RM500

Mei: RM300

April: RM250

Mei: RM250

Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Kaedah penerimaan bayaran bantuan Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM * Secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH Secara terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDNM *

* Maklumat akaun bank berdaftar dengan LHDNM bagi pemohon M40 boleh disemak dan dikemaskini melalui laman web ezHAsiL (https://ez.hasil.gov.my/CI/ > e-Kemaskini > Profil Diri). Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima, terkini dan aktif.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional boleh membuat semakan status secara online mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • Untuk B40 - senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diluluskan
  • Untuk M40 - senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan, berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018

Semakan status (dan permohonan baru, dan rayuan jika perlu) boleh dibuat di Portal-portal Rasmi berikut:

Menurut maklumat terkini LHDNM, semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN tersebut. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, anda tidak perlu membuat sebarang semakan lanjut atau permohonan.

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional

Golongan B40 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Begitu juga dengan golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM (a.k.a pembayar cukai pendapatan) dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini kerana mereka layak menerima BPN secara automatik.

Sekiranya anda memenuhi kriteria, tetapi keputusan semakan menunjukkan 'Tiada Rekod', permohonan baharu boleh dibuat dengan mengklik butang 'Permohonan Baru'.

Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional secara dalam talian dibuka mulai 1 April sehingga 30 April 2020. Permohonan baharu adalah secara online sahaja, tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini.

Individu yang layak menerima BPN tetapi berstatus muflis / disenarai hitam, boleh membuat permohonan secara online mulai 6 April 2020.

Syarat kelayakan, cara memohon mendaftar, jumlah bantuan, tarikh dan cara pembayaran, serta semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Bagi permohonan yang tidak berjaya (TIDAK LULUS), rayuan boleh dikemukakan dengan mengklik butang 'Permohonan Rayuan'. Tempoh rayuan bermula 3 April sehingga 30 April 2020.

Semakan Status Permohonan Baharu Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020 melalui pautan:

https://bpn.hasil.gov.my

Bagi mereka yang lulus, pembayaran BPN Fasa 1 dan Fasa 2 akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020.

Keputusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh Kerajaan.

[Update 10 Mei 2020] Bagi permohonan baharu atau rayuan BPN yang Tidak Lulus, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan (seperti bukti kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan atau pendapatan terkini).

Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDNM (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat LHDNM. Tempoh rayuan adalah dari 11 hingga 31 Mei 2020.

Untuk keterangan lanjut mengenai rayuan pertimbangan semula BPN, sila rujuk kenyataan media LHDNM di sini.

Maklumat Lanjut BPN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

⦿ Kementerian Kewangan
  • Telefon: 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565 dan 03-88824566 dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad - Jumaat)
  • E-mel: bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Telegram: PRE PRIHATIN
  • Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia
⦿ LHDNM
  • Telefon: 1-800882747, 03-89111000 dari jam 9 pagi - 5 petang (Ahad – Jumaat)

Soalan Lazim (FAQ) terkini mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi golongan B40 & M40 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat boleh dimuat turun di sini.