Tarikh Dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Fasa 2

Tarikh dan cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2.

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan one-off kerajaan kepada rakyat dari golongan B40 dan M40 bagi menghadapi kesan wabak COVID-19.

[Baharu] Tarikh Dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada Fasa 1 (April 2020) dan Fasa 2 (Mei 2020). Pembayaran Fasa Pertama BPN akan dibuat secara berperingkat bermula hari 6 April 2020, manakala Fasa Kedua aka dibayar mulai 4 Mei 2020 (sila lihat perincian dalam jadual di bawah).

Jika anda layak, tetapi tidak menerima sebarang SMS pemakluman bahawa anda lulus dari LHDNM, sila buat Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk mengetahui status BPN anda. Pastikan anda mempunyai No. Baucar dan membawa kad pengenalan.

Jika anda mendapat keputusan semakan "Tiada Rekod", anda boleh mengemukakan permohonan baharu. Manakala jika "TIDAK LULUS", anda boleh mengemukakan rayuan. Permohonan baharu dan rayuan BPN boleh dibuat mulai 1 hingga 30 April 2020.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Jadual di bawah menyatakan tarikh dan cara agihan bantuan Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional BPN.

B40 M40
Kategori & Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM4,000 ke bawah Bujang RM2,000 ke bawah Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 Bujang RM2,001 hingga RM4,000
Jumlah Bantuan BPN RM1,600 RM800 RM1,000 RM500
Fasa Pembayaran

April: RM1000

Mei: RM600

April: RM500

Mei: RM300

April: RM500

Mei: RM500

April: RM250

Mei: RM250

Tempoh Pembayaran Fasa 1 6 hingga 12 April 2020 13 hingga 15 April 2020
Tempoh Pembayaran Fasa 2 4 - 13 Mei 2020 4 - 15 Mei 2020
Pembayaran Permohonan Baharu dan Rayuan BPN (pembayaran sekali gus) 15 - 20 Mei 2020
Kaedah Pembayaran Secara terus ke akaun bank yang berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) Secara terus ke akaun bank yang berdaftar di bawah data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Sekiranya penerima Tiada Akaun bank atau status pengkreditan adalah GAGAL KREDIT, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri/Baucar yang dipaparkan pada Maklumat Bayaran di portal BPN. Penunaian BPN Fasa 2 boleh dibuat mulai 14 Mei hingga 31 Disember 2020.

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekali gus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

tarikh dan cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Maklumat pembayaran BPN Fasa 2

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

⦿ Kementerian Kewangan
  • Telefon: 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565 dan 03-88824566 dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad - Jumaat)
  • E-mel: bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Telegram: PRE PRIHATIN
  • Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia
⦿ LHDNM
  • Telefon: 1-800882747, 03-89111000 dari jam 9 pagi - 5 petang (Ahad – Jumaat)

Perincian mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua boleh dimuat turun di sini.