Tarikh Bayaran Dan Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2020

Tarikh pembayaran dan amaun Bantuan Khas Aidilfitri 2020 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan persekutuan. Sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan kakitangan awam, kerajaan telah mengumumkan akan memberi Bantuan Khas Aidilfitri bagi meringankan perbelanjaan serta membantu persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bantuan khas ini melibatkan penjawat awam Gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan yang menerima pencen. Bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim dan juga pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. Pekerja sambilan harian juga akan menerima bantuan dengan syarat tempoh kontraknya berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

bayaran bonus khas aidilfitri penjawat awam 2020

Tarikh Dan Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2020

Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran Bantuan Khas Aidillltri 2020.

Nama Bantuan Tarikh Pembayaran Amaun
Penjawat Awam Pesara Kerajaan
Bantuan Khas Aidilfitri 20 Mei 2020 RM500 RM250

Semoga Bantuan Khas Aidilfitri untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2020 dan tahun-tahun akan datang.