Kadar Cukai Pendapatan Individu 2019 LHDN

|  1 comments

Kadar cukai pendapatan individu 2019 bagi tahun taksiran 2018. Berikut adalah kadar cukai bagi individu yang bermastautin di Malaysia untuk tahun taksiran 2018, sepertimana dinyatakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Kadar cukai tahun 2018 berubah berbanding kadar cukai bagi tahun taksiran 2017.

Untuk pelepasan cukai pendapatan, sila rujuk entri Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Pemastautin dan untuk rebat sila layari Rebat Cukai Pendapatan Individu.

Pembayar cukai boleh mengemukakan / memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara online melalui e-Filing atau secara manual. Tarikh akhir pengemukaan BNCP ialah 30 April (untuk individu yang tiada punca pendapatan perniagaan - Borang BE/e-BE) dan 30 Jun (untuk individu yang ada punca pendapatan perniagaan - Borang B/e-B) setiap tahun.


Kadar Cukai Individu Untuk Tahun Taksiran 2018

Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar % Cukai(RM)
0 - 5,000 5,000 berikutnya 0 0
5,001 - 20,000 5,000 pertama
15,000 berikutnya

1
0
150
20,001 - 35,000 20,000 pertama
15,000 berikutnya
3

150
450

35,001 - 50,000 35,000 pertama
15,000 berikutnya
8

600
1,200

50,001 - 70,000 50,000 pertama
20,000 berikunya

14

1,800
2,800

70,001 - 100,000 70,000 pertama
30,000 berikutnya

21

4,600
6,300

100,001 - 250,000 100,000 pertama
150,000 berikutnya

24

10,900
36,000

250,001 - 400,000 250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5

46,900
36,750

400,001 - 600,000 400,000 pertama
200,000 berikutnya

25

83,650
50,000

600,001 - 1,000,000 600,000 pertama
400,000 berikutnya

26
134,650
104,000
Lebih 1,000,000 1,000,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

28
237,650
..........

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia

1 comments

Catat Ulasan

Cancel