Rebat Cukai Pendapatan Individu 2024

Rebat cukai pendapatan e-Filing 2024 untuk Individu bagi tahun taksiran 2023. Maksud rebat cukai ialah potongan ke atas cukai pendapatan (cukai kena bayar). Individu pemastautin di Malaysia adalah layak menuntut rebat cukai menerusi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Rebat cukai berbeza dengan pelepasan cukai. Pelepasan cukai adalah jumlah yang ditolak daripada pendapatan bercukai anda, manakala rebat cukai pula adalah jumlah yang ditolak daripada cukai pendapatan anda.

Berikut adalah senarai rebat cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia.

Rebat Cukai Pendapatan Untuk Individu Tahun Taksiran 2023

Jadual di bawah menyenaraikan rebat cukai pendapatan individu bagi Tahun Taksiran 2009 dan seterusnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Rebat cukai pendapatan LHDN

Jenis Rebat

Syarat

Had Potongan(RM)

Diri

Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000

400

Isteri / Suami

Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 dan suami atau isteri tiada jumlah pendapatan

400

Zakat / Fitrah

---

Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

Levi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lain
Terhad kepada 2 kali perjalanan

Penerbangan Kelas Ekonomi

ASEAN: RM8
Selain ASEAN: RM20

Penerbangan Selain Ekonomi

ASEAN: RM50
Selain ASEAN: RM150

Untuk perincian mengenai rebat cukai pendapatan individu, sila rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN ) di sini.