Waktu Operasi Pos Malaysia Pada Cuti Tahun Baru Cina 2023

Waktu operasi Pos Malaysia sempena cuti Tahun Baru Cina 2023.

Buat para peniaga online yang menggunakan khidmat Pos Laju, sila ambil perhatian. Untuk memastikan barangan pelanggan yang dipesan secara dalam talian tidak mengalami kelewatan dalam penghantaran, sila ambilkira waktu operasi Pos Malaysia di sepanjang cuti Tahun Baru Cina bila merancang masa pengeposan.

Waktu Operasi Pos Malaysia Pada Cuti Tahun Baru Cina 2023

Cuti perayaan Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada tarikh 22 dan 23 Januari 2023.

Harap maklum bahawa Pos Malaysia akan beroperasi mengikut jadual di bawah sempena cuti Tahun Baru Cina, mulai 22 Januari 2023 (Ahad) sehingga 24 Januari 2023 (Selasa).

Tarikh Akhir Pos Laju Sempena Tahun Baru Cina CNY 2023

  • 22 - 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin): Operasi pejabat pos, pungutan dan penghantaran di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya.
  • 24 Januari 2023 (Selasa): Pejabat pos, pungutan dan penghantaran dibuka di negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor. Manakala bagi negeri-negeri lain tiada pungutan dan penghantaran dan hanya pejabat pos di dalam pusat membeli-belah sahaja operasi biasa dibuka.
  • 25 Januari 2023 (Rabu): Operasi dan cawangan Pos Malaysia akan kembali beroperasi seperti biasa pada 25 Januari 2023 (Rabu) di semua lokasi seluruh Malaysia.

Semoga info mengenai tarikh dan waktu operasi Pos Malaysia sempena cuti CNY 2023 bermanfaat buat para pembaca.

Selamat Tahun Baru Cina!