Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023/2024

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2023/2024 untuk calon lepasan SPM 2022. Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan ke Program Matrikulasi KPM bermula 16 Januari 2023 hingga 16 April 2023.

Jurusan yang ditawarkan ialah Jurusan Sains, Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan & Jurusan Perakaunan Profesional.

permohonan matrikulasi 2023 2024

Syarat Kelayakan Memohon Matrikulasi

  • Syarat am: Warganegara Malaysia, umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon, calon SPM tahun 2022.
  • Bagi Jurusan Perakaunan & Jurusan Perakaunan Profesional, semua pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain layak memohon.
  • Manakala bagi Jurusan Sains dan Jurusan Kejuruteraan, semua pelajar lepasan SPM aliran sains dan aliran teknikal dari sekolah tersenarai di atas digalakkan memohon. Pelajar sekolah menengah teknik amat dialu-alukan.

Sila klik pautan ini untuk maklumat syarat kemasukan khusus bagi setiap jurusan yang ditawarkan.

Cara Memohon Matrikulasi KPM

Permohonan matrikulasi mesti dibuat secara online melalui Sistem Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dinasihatkan membaca dulu maklumat mengenai program Matrikulasi menerusi pautan "Pengenalan" pada sidebar.

Setelah betul-betul faham, sila klik pada pautan "Permohonan" untuk memohon.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan. Pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperolehi terus dari Lembaga Peperiksaan, KPM sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, dijangka boleh dibuat secara online mulai pada bulan April 2023.

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak mendapat tawaran kemasukan, rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel https://t.me/JomMasukMatriks.