Senarai Travel Agency Memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2023

Senarai syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2023.

Bagi Musim Haji 1444H/2023, sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dan TH Travel & Services Sdn Bhd diberikan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Pemilihan PJH dibuat secara tahunan. Pemilihan ini bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.

Senarai Syarikat Pelancongan Yang Memiliki Lesen PJH Tahun 2023

Berikut adalah senarai 23 travel agency (22 syarikat pelancongan tempatan + 1 anak syarikat TH) yang diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1444H/2023 untuk rujukan para pembaca khususnya para bakal haji.

  1. TH TRAVEL & SERVICES Sdn. Bhd.
    (12778-H) / Anak syarikat TH
  2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (107273-P) / No. Lesen PJH 01/1444H
  3. ALIF TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (208456-A) / No. Lesen PJH 02/1444H
  4. AL BALAD TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (1058138-X) / No. Lesen PJH 03/1444H
  5. BATUTA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (159152-T) / No. Lesen PJH 04/1444H
  6. C. S. HOLIDAYS Sdn. Bhd.
    (208598-D) / No. Lesen PJH 05/1444H
  7. CITRA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (166725-D) / No. Lesen PJH 06/1444H
  8. EIMAN TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (718599-T) / No. Lesen PJH 07/1444H
  9. EMRAZ TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (1128699-H) / No. Lesen PJH 08/1444H
    digantung
  10. FELDA TRAVEL Sdn. Bhd.
    (100395-K) / No. Lesen PJH 09/1444H
  11. GEMILANG TRAVEL AND TOURS Sdn. Bhd.
    (156094-U) / No. Lesen PJH 10/1444H
  12. JAD TRAVEL & TOURS (M) Sdn. Bhd.
    (795573-W) / No. Lesen PJH 11/1444H
  13. JUARA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (320807-M) / No. Lesen PJH 12/1444H
  14. MIMM TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (1027996-A) / No. Lesen PJH 13/1444H
  15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (964005-X) / No. Lesen PJH 14/1444H
  16. RAYHAR TRAVELS Sdn. Bhd.
    (193166-P) / No. Lesen PJH 15/1444H
  17. TM TOURS & TRAVEL Sdn. Bhd.
    (210699-K) / No. Lesen PJH 16/1444H
  18. TRI-D TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (81225-P) / No. Lesen PJH 17/1444H
  19. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS Sdn. Bhd.
    (538312-M) / No. Lesen PJH 18/1444H
  20. WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS Sdn. Bhd.
    (171685-M) / No. Lesen PJH 19/1444H
  21. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN Sdn. Bhd.
    (169926-W) / No. Lesen PJH 20/1444H
  22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (387959-X) / No. Lesen PJH 21/1444H
  23. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd.
    (974805-M) / No. Lesen PJH 22/1444H

Senarai travel agency yang diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) tahun 2023

Bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji dari TH dinasihatkan berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan sahaja.

Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai Lesen PJH mengiklankan tawaran pakej haji atau mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995. Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta TH.

Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menggunakan Visa Haji bagi mengerjakan haji. Visa pelancongan tidak dibenarkan untuk kegunaan mengerjakan haji.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas (pautan ke dokumen pdf siaran akhbar TH).

Semoga maklumat nama-nama travel agency yang dilesenkan TH ini memudahkan para bakal jemaah haji membuat pilihan. Info ini juga diharap dapat mengekang kes penipuan pakej haji yang berlaku saban tahun.