Pindaan Takwim / Kalendar Persekolahan Tahun 2020

Maklumat mengenai pindaan takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah tahun 2020.

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah bertujuan untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi sekolah-sekolah dalam kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.

Selain itu, Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

[Baharu] Kalendar /Takwim Persekolahan 2021

Berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020, jumlah hari persekolahan secara bersemuka adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah. Manakala bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sebanyak 56 hari bagi Kumpulan A dan 56 hari bagi Kumpulan B. Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada murid Tingkatan 5 dan 6 sahaja sementara bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak.

Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2020 kumpulan A

Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

penggal persekolahan 2020 kumpulan B

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2020

Berikut adalah jadual cuti sekolah sempena hari perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak bagi sesi persekolahan tahun 2020.

cuti perayaan 2020

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 boleh diperoleh melalui laman sesawang KPM di pautan ini.

Semoga perkongsian info tentang pindaan takwim penggal persekolahan sesi 2020 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.