Waktu Operasi UTC Seluruh Negara
Waktu operasi UTC seluruh negara mulai 22 Jan 2019.
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. UTC menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di bawah satu bumbung.
Ia membolehkan warga bandar menjimatkan masa dengan membuat pelbagai urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan swasta dalam satu bangunan.
Antara jabatan kerajaan persekutuan yang ditempatkan di UTC ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan, dan Koperasi (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) / balai polis.
Contoh agensi-agensi di bawah kerajaan negeri yang menyediakan kaunter di UTC ialah Majlis/Jabatan Agama Islam negeri, pejabat tanah dan majlis perbandaran/bandaraya.
UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, NGO dan komuniti usahawan.
Waktu Operasi UTC Seluruh Negara
Berikut adalah waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bermula 22 Januari 2019. UTC dibuka setiap hari dan ditutup pada hari cuti umum / kelepasan am.
Lokasi UTC | Waktu Operasi | Waktu Break/Rehat |
---|---|---|
Shah Alam, Selangor Keramat, Kuala Lumpur Seremban, Negeri Sembilan |
Isnin – Khamis 1 tengahari - 10 malam Jumaat 2.45 petang - 10 malam |
Rehat 7 malam - 8 malam |
Sabtu - Ahad |
--- | |
Alor Setar, Kedah Johor Bahru, Johor Kota Bharu, Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu |
Ahad – Khamis 1 tengahari - 10 malam |
Rehat 7 malam - 8 malam |
Jumaat - Sabtu |
Solat Jumaat 12.15 tengahari - 2.45 petang |
|
Kangar, Perlis Sungai Petani, Kedah Ipoh, Perak Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentul, Kuala Lumpur Bandaraya Melaka, Melaka Pasir Gudang, Johor Kuantan, Pahang |
Isnin - Ahad 8 pagi - 5 petang |
Solat Jumaat 12.15 tengahari - 2.45 petang |
Kota Kinabalu, Sabah WP Labuan |
Isnin - Ahad 8 pagi - 5 petang |
Solat Jumaat 11.30 pagi - 2.00 petang |
Kuching, Sarawak Miri, Sarawak Sibu, Sarawak |
Isnin - Ahad 8 pagi - 5 petang |
Solat Jumaat 11.45 pagi - 2.15 petang |
Semoga info tentang waktu operasi Pusat Transformasi Bandar UTC setiap negeri ini bermanfaat buat para pembaca.