Senarai UTC Seluruh Malaysia

Senarai terkini UTC di seluruh Malaysia. UTC (Urban Transformation Centre) atau Pusat Transformasi Bandar menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti. Ia membolehkan warga bandar menjimatkan masa dengan membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan swasta dalam satu bangunan.

Waktu operasi UTC tidak sama dengan waktu pejabat biasa. Ia disesuaikan untuk memudahkan orang ramai berurusan semasa waktu pejabat dan selepas tamat waktu pejabat. Ia juga dibuka di hujung minggu di kebanyakan negeri.

Setakat ini terdapat 20 buah UTC dan 2 buah Mini UTC di seluruh negara. Berikut disenaraikan nama, alamat serta nombor telefon setiap UTC di Malaysia.

senarai UTC seluruh Malaysia


Senarai UTC Seluruh Negara

Bil Nama UTC Alamat Lokasi No. Telefon
1 UTC Kuala Lumpur Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 50550 Kuala Lumpur
03-80008000
2 UTC Selangor Kompleks UTC Selangor @ Anggerik Mall,
No.5, Jalan 14/18, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
03-55235256
3 UTC Negeri Sembilan Angsana Seremban,
Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
4 UTC Melaka Bangunan UTC Melaka,
Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
06-3333333, 06-2881612
5 UTC Perak Bangunan UTC Perak,
Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak
05-2494960, 05-2537396, 05-2494966
6 UTC Johor Bangunan UTC Johor, Galleria @ Kotaraya, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor 07-2088888
7 UTC Pasir Gudang Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang,
Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor
8 UTC Kedah Bangunan Kompleks MBAS,
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman
04-7360888, 04-7334377, 04-7320622
9 UTC Sungai Petani Terminal Bas Ekspres Ukir Square Sungai Petani,
Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
10 UTC Kelantan

Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu

09-7414200
11 UTC Terengganu Paya Bunga Square,
Lot PT 3313 & 4785, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6252000
12 UTC Pahang Bangunan UTC Pahang,
Jalan Stadium, 25200 Kuantan, Pahang
09-5124999, 09-5124089
13 UTC Sarawak Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, Sarawak 08-2420202
14 UTC Miri Miri City Council Building,
Off Jalan Kingsway, Miri, Sarawak
08-5428811
15 UTC Sibu Sibu Central Market Multi-Storey Car Park,
Jalan Channel, Sibu, Sarawak
16 UTC Sabah Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah 08-8313155, 08-8718181
17 UTC Tawau Pasar Tanjung,
Jalan Dunlop, Pusat Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah
18 UTC Keningau Bangunan UTC Keningau,
Jalan Market, 89008 Keningau, Sabah
08-7338591, 08-7338592
19 UTC Labuan Pasar Sentral Labuan,
Jalan Bunga Tanjung, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan
20 UTC Perlis Bangunan UTC Perlis,
Mukim Sena, 01000 Kangar, Perlis
21 Mini UTC Sentul Kompleks Bandar Baru Sentul,
Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur
22 Mini UTC Keramat Keramat Mall,
Jalan Datuk Keramat, Kampung Datok Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Antara jabatan kerajaan persekutuan yang ditempatkan di UTC ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) / balai polis dan Klinik 1Malaysia.

Semoga perkongsian maklumat mengenai lokasi dan nombor telefon UTC atau Pusat Transformasi Bandar seluruh Malaysia ini bermanfaat buat para pembaca.

Pastikan ada menyemak waktu operasi UTC dan juga waktu operasi agensi berkenaan sebelum berkunjung kerana ia mungkin berlainan.