Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2019

Tarikh agihan bantuan sekolah tahun 2019. Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga pelajar menjelang permulaan sesi persekolahan di awal tahun.

Nilai bantuan adalah sama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, iaitu RM100 untuk setiap pelajar.


Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan hanya layak untuk murid sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan isi rumah melebihi RM3,000 sebulan tidak layak untuk menerima bantuan.


Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 4 Januari 2019. Pihak sekolah dijangka akan mengagihkan BAP kepada ibubapa atau penjaga pelajar di sekolah mulai pertengahan hingga hujung bulan Januari 2019.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

bantuan sekolah rendah menengah RM100

Semoga info syarat serta tarikh agihan Bantuan Awal Persekolahan 2019 ini bermanfaat buat para pembaca.