Takwim Penggal Persekolahan 2020

Maklumat mengenai kalendar sesi persekolahan dan cuti sekolah 2020 (school holiday 2020 Malaysia). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah.

[Terkini] Pindaan Takwim/Kalendar Persekolahan Tahun 2020

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri, serta aktiviti balik kampung semasa cuti sekolah.

Untuk maklumat tentang cuti umum tahun 2020 Malaysia, sila layari Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2020.

Perincian hari persekolahan dibahagikan mengikut kumpulan dan penggal, seperti berikut:


Takwim Persekolahan 2020 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2020 kumpulan A


Takwim Persekolahan 2020 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2020 kumpulan B

Sila klik pautan ini untuk muat turun fail rasmi Takwim Sekolah 2020 dari KPM dalam bentuk pdf.


Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2020

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti sempena hari-hari perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak bagi sesi persekolahan tahun 2020.

cuti perayaan 2020

Untuk muat turun fail pdf Cuti Perayaan 2020 sila klik sini.

Untuk maklumat tarikh-tarikh peperiksaan sekolah, sila rujuk Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran SPM, UPSR, PT3, STAM & PAV 2020.

Semoga perkongsian info tentang takwim penggal persekolahan sesi 2020 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.