Kalendar Liga Malaysia 2020

Buat para peminat bolasepak tanah air, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan Kalendar Pertandingan Liga Malaysia bagi tahun 2020. Kalendar ini mengandungi tarikh-tarikh penting perjalanan liga-liga, kejohanan-kejohanan serta jendela perpindahan pemain bagi MFL untuk musim 2020.

Liga Super Malaysia 2020 dan Liga Premier Malaysia 2020 masing-masing akan melibatkan 12 pasukan dengan setiap pasukan akan bermain 22 perlawanan (11 perlawanan sebagai pasukan tuan rumah dan 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat).

[Baharu] Kalendar Liga Malaysia 2021

MFL menetapkan kebanyakan perlawanan Liga Malaysia 2020 akan dimainkan pada hujung minggu bagi memudahkan penyokong untuk hadir ke stadium.


Kalendar Liga Malaysia 2020

No Acara Tarikh
1

TEMPOH PENDAFTARAN PERTAMA

16 Januari - 15 Mac 2020

2

PIALA SUMBANGSIH / SULTAN HAJI AHMAD SHAH

28 Februari 2020

3 LIGA SUPER 2020

28 Februari – 19 Julai 2020

4 LIGA PREMIER 2020

29 Februari – 19 Julai 2020

5 PIALA FA 2020

8 Februari – 25 Julai 2020

6 PIALA MALAYSIA & CHALLENGE CUP 2020

Ogos & Oktober 2020

tarikh penting Liga Malaysia 2020

Sebarang perubahan dan pindaan Kalendar serta Jadual Pertandingan MFL adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Anda boleh muat turun jadual Liga Super 2020 di sini, dan jadual Liga Premier 2020 di sini.