Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2019 Perlawanan Akhir

Jadual siaran langsung, live-score dan keputusan terkini perlawanan akhir Piala Malaysia 2019. Berikut adalah jadual siaran langsung, pautan live streaming (jika ada), live score, dan keputusan terkini final Piala Malaysia 2019 khas buat peminat bola sepak tanahair.

16 pasukan akan bertanding untuk Piala Malaysia 2019 iaitu 11 pasukan teratas dari Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Premier berdasarkan kedudukan setelah tamatnya pusingan pertama musim 2019.

Pasukan-pasukan yang layak menyertai Piala Malaysia edisi ke-93 ini adalah Perak, Johor Darul Ta'zim, Pahang, Selangor, Kedah, Melaka United, Terengganu FC, PJ City FC, PKNS FC, Felda United FC, PKNP FC, Sabah, PDRM, UiTM FC, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pasukan-pasukan yang bertanding akan dibahagi kepada empat kumpulan, dengan empat pasukan dalam setiap kumpulan. Juara dan naib juara dalam setiap kumpulan selepas 6 perlawanan akan mara ke suku akhir.

Juara bertahan Piala Malaysia ialah pasukan Perak FA. Pasukan mana pula akan menjulang trofi selaku juara Piala Malaysia 2019? Sama-sama kita saksikan.


Siaran Langsung Dan Live Score Final Piala Malaysia 2019

Berikut adalah jadual, keputusan live score, serta saluran siaran langsung untuk perlawanan final Piala Malaysia. Sila refresh page untuk paparan keputusan jaringan terkini.


Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Tarikh Status Pasukan 1 Masa / Skor Pasukan 2 Saluran Siaran Langsung
2 Nov 2019 Tamat Kedah 0 - 3 Johor Darul Ta'zim TV1, RTM HD Sports, iflix

Anda boleh muat turun jadual rasmi Piala Malaysia 2019 di sini, dan jadual Challenge Cup 2019 di sini. Kedua-dua jadual ini adalah dalam bentuk PDF dan dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL).

jadual dan keputusan piala malaysia 2018

Sila tekan Ctrl + D untuk bookmark.

Entri berkaitan:

Semoga maklumat mengenai jadual siaran langsung dan live score Piala Malaysia 2019 bermanfaat buat para pembaca. Majulah sukan untuk negara.