Cara Maklumkan Kepada Polis Sebelum Balik Kampung

Pulanglah beraya di kampung dengan hati yang lega dan tenang. Pastikan kediaman anda selamat semasa ketiadaan anda di rumah. Anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum pulang bercuti ke kampung dengan melapor maklumat tarikh cuti dan alamat ke Rakan Cop melalui SMS atau aplikasi mudah alih.

Dengan maklumat tersebut pihak polis akan membuat rondaan dan pemantauan kawasan kediaman anda dari masa ke semasa sepanjang percutian anda bagi memastikan keselamatan rumah anda terjamin.


Makluman Balik Kampung Melalui SMS

Berikut adalah cara melaporkan kepada pihak polis tentang ketiadaan anda di rumah semasa cuti perayaan melalui SMS:

SMS balik kampung

  1. Taipkan:

    POLIS[Kod negeri]<jarak>BK<jarak>[Tarikh bercuti][Alamat]

    Contoh: POLISSEL  BK  16 Feb - 18 Feb 2018 No. 55 Jln Sulam 20/23 40300 Shah Alam

  2. Hantarkan SMS ke 32728

Senarai kod negeri untuk SMS:

Kuala Lumpur (KL), Selangor (SEL), Perlis (PLS), Kedah (KD), Pulau Pinang (PG), Perak (PK), Negeri Sembilan (NS), Melaka (MK), Johor (JOH), Terengganu (TR), Pahang (PHG), Kelantan (KEL), Sabah (SBH) dan Sarawak (SWK)

Setiap penghantaran SMS dicaj 15 sen manakala setiap penerimaan dicaj 50 sen.


Makluman Melalui Aplikasi Mobile

Maklumkan ketiadaan anda di rumah pada cuti perayaan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dari AppStore, Google Play Store, Windows Store dan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA).

Diharap panduan SMS balik kampung untuk memaklumkan ketiadaan anda di rumah kepada pihak polis ini memberi manfaat buat para pembaca.