Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Tema umum Sejarah Kertas 3 peperiksaan SPM 2018. Berikut adalah tajuk atau tema umum bagi Kertas 3 (1249/3) mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 sepertimana yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2018

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2018.

Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara
Malaysia Berdaulat

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJPI), 1971-1990 menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJPI juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

Sumber: Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35.

Tema umum sejarah kertas 3 SPM 2018

Tema Umum Sejarah Kertas 3 yang diberi adalah untuk membolehkan calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.

Sila layari koleksi soalan percubaan serta skema jawapan Sejarah SPM 2018.

Calon hendaklah membuat persediaan awal untuk berbincang dan mengumpul maklumat berkaitan tema umum daripada pelbagai sumber.

Sejarah Kertas 3 SPM adalah open book test, jadi semua dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Walaubagaimanapun alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018 boleh di muat turun di sini.