Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019

Berikut adalah kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2019 Malaysia / Malaysia public holidays and school holidays 2019.

Semoga kalender/takwim cuti umum 2019 (hari kelepasan am) dan cuti sekolah 2019 ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan awal percutian keluarga seperti memilih destinasi, membeli tiket penerbangan, menempah hotel dan sebagainya.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2020


Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia

Klik pada gambar jadual kalender untuk paparan lebih besar dan jelas.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2019

Tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sekolah-sekolah tajaan KPM akan dikemaskini bila diumumkan nanti.


Senarai Hari Kelepasan Am 2019 (Persekutuan Dan Negeri)

(Dikemaskini pada 28 Jun 2019)

Tarikh Hari Cuti Negeri
1 Jan Selasa Tahun Baru 2019 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan Isnin Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan N. Sembilan
20 Jan Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
21 Jan Isnin Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor
1 Feb Jumaat Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
5 Feb Selasa Tahun Baru Cina / CNY Semua negeri
6 Feb Rabu Tahun Baru Cina / CNY (hari kedua) Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
6 Feb Rabu Tahun Baru Cina (hari kedua) Kelantan & Terengganu
4 Mac Isnin Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Sabtu Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
3 Apr Rabu Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan & Perlis
15 Apr Isnin Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
19 Apr Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
26 Apr Jumaat Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Rabu Hari Pekerja / Buruh (Labour Day) Semua negeri
6 Mei Isnin Awal Ramadan* Johor, Kedah & Melaka
7 Mei Selasa Hari Hol Pahang Pahang
19 Mei Ahad Hari Wesak Semua negeri
22 Mei Rabu Hari Nuzul Al-Quran Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah & Sarawak
30 Mei Khamis Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Jumaat Pesta Kaamatan (hari kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Sabtu Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Ahad Hari Gawai Dayak (hari kedua) Sarawak
5 Jun Rabu Hari Raya Puasa / Aidilfitri* Semua negeri
6 Jun Khamis Hari Raya Puasa / Aidilfitri (hari kedua)* Semua negeri
7 Jul Ahad Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
13 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
17 Jul Rabu Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Jul Isnin Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Selasa Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Semua negeri
11 Ogo Ahad Hari Raya Haji / Aidiladha* Semua negeri
12 Ogo Isnin Hari Raya Haji / Aidiladha (hari kedua)* Kelantan & Terengganu
12 Ogo Isnin Hari Raya Haji (hari kedua)* Kedah & Perlis
31 Ogo Sabtu Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Semua negeri
1 Sep Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua negeri
9 Sep Isnin Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Semua negeri
16 Sep Isnin Hari Malaysia Semua negeri
5 Okt Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
5 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
11 Okt Jumaat Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
12 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
24 Okt Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
27 Okt Ahad Hari Deepavali* Semua negeri kecuali Sarawak
1 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
9 Nov Sabtu Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) Semua negeri
11 Nov Isnin Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Selasa Hari Keputeraan Sultan Kelantan (hari kedua) Kelantan
11 Dis Rabu Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Dis Rabu Hari Krismas Semua negeri

* Tertakluk kepada perubahan

Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2019, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di pautan ini.


Kalendar Cuti Sekolah 2019 Malaysia

Penjadualan cuti penggal dipecahkan kepada dua - Kumpulan A dan B.

  • Kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
  • Kumpulan B adalah untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

⦿ Cuti Penggal dan Cuti Tengah/Akhir Tahun 2019

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan 2019 seperti yang dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam Takwim Persekolahan Tahun 2019.

Cuti Sekolah Tempoh Tarikh Mula & Tamat Cuti
Kumpulan A Kumpulan B
Cuti Pertengahan Penggal 1 9 hari 22.03 - 30.03.2019 23.03 - 31.03.2019
Cuti Pertengahan Tahun 16 hari 24.05 - 08.06.2019 25.05 - 09.06.2019
Cuti Pertengahan Penggal 2 9 hari 09.08 - 17.08.2019 10.08 - 18.08.2019
Cuti Akhir Tahun 40/39 hari 22.11 - 31.12.2019 23.11 - 31.12.2019

⦿ Cuti Perayaan 2019

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2019.

Perayaan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan KPM
Kumpulan A Kumpulan B
TAHUN BARU CINA

05.02.2019 (Selasa) dan

06.02.2019 (Rabu)

03.02.2019 (Ahad)

04.02.2019 (Isnin)

07.02.2019 (Khamis)

04.02.2019 (Isnin)

07.02.2019 (Khamis)

08.02.2019 (Jumaat)

HARI RAYA AIDILFITRI

05.06.2019 (Rabu) dan

06.06.2019 (Khamis)

09.06.2019 (Ahad)

10.06.2019 (Isnin)

HARI DEEPAVALI

27.10.2019 (Ahad)

28.10.2019 (Isnin)

29.10.2019 (Selasa)

25.10.2019 (Jumaat)

28.10.2019 (Isnin) [Sarawak sahaja]

29.10.2019 (Selasa) [Kecuali Sarawak]

Catatan:

  • Perayaan Hari Kaamatan: 30 & 31 Mei 2019 (dalam cuti Pertengahan Penggal tahun 2019)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak: 1 & 2 Jun 2019 (dalam cuti Pertengahan Penggal tahun 2019)
  • Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2019 (dalam cuti Akhir Tahun 2019)

Semoga maklumat mengenai cuti am persekutuan dan negeri, cuti penggal dan cuti perayaan sekolah ini bermanfaat buat para pembaca.

Sila layari juga Kalendar Islam 2019 Masihi / 1440-1441 Hijrah.