Senarai Hotel Murah di Melaka

Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Ia sentiasa dikunjungi pelancong tempatan terutama ketika musim cuti sekolah, dan juga popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Di samping banyak tempat bersejarah yang indah, Melaka juga terkenal dengan makanannya.

Berikut adalah senarai hotel bajet/murah di Melaka untuk rujukan pembaca. Ia boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berkunjung ke Melaka samada untuk melancong, makan-makan, membeli-belah atau urusan perniagaan.

Kebanyakan hotel yang disenaraikan berada di pusat bandar atau berdekatan pusat bandar Melaka.


10 Hotel Murah di Melaka

Berikut kami senaraikan 10 hotel murah / low budget terbaik di sekitar bandaraya Melaka.


1. Hotel Sentral Melaka

Hotel Sentral Melaka berada di pusat Bandar Melaka. Ia terletak dalam jarak 15 minit berjalan kaki ke Jonker Street dan 10 minit pemanduan ke Mahkota Parade Shopping Centre.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik moden berhawa dingin dengan balkoni yang dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan membuat teh/kopi, akses Wifi percuma.

Hotel ini dilengkapi sebuah kolam renang. Kemudahan tempat letak kereta persendirian percuma juga disediakan.

Alamat: No 20 Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia

Baca selanjutnya ...


2. Hallmark Crown Hotel Melaka

Hallmark Crown Hotel berada di pusat bandar Melaka. Ia berjarak 10 minit berjalan kaki dari Dataran Pahlawan dan Pusat Beli-belah Mahkota Parade dan 5 minit pemanduan dari Sungai Melaka dan Jonker Street.

Hallmark Crown Hotel menawarkan bilik-bilik moden berhawa dingin dengan kelengkapan TV flat screen, cerek elektrik, peti keselamatan peribadi, Wi-Fi percuma di semua bilik, front desk 24 jam, fasiliti tetamu kurang upaya, daftar masuk / daftar keluar ekspres dan perkhidmatan dobi / cuci kering.

Ruang parkir kenderaan disediakan secara percuma.

Alamat: 170 Jalan Parameswara, 75000 Melaka, Malaysia

Baca selanjutnya ...


3. Sunflower Hotel Melaka

Hotel Sunflower terletak di Pertam Jaya, berjarak 5 minit pemanduan dari daerah komersial dan hiburan, Melaka Raya dan 10 minit pemanduan dari Bandar Melaka.

Ia menawarkan bilik-bilik berhawa dingin pada harga yang anda mampu dengan sebuah TV satelit berskrin rata. Hotel ini menyediakan alat untuk membuat kopi/teh dan akses Wi-Fi percuma di seluruh kawasannya.

Para tetamu di Hotel Sunflower boleh menyewa basikal untuk meneroka kawasan sekitarnya, atau menggunakan komputer percuma di lobi. Ruang meletak kenderaan percuma juga disediakan.

Alamat: No.57, Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, 75050 Melaka

Baca selanjutnya ...


4. Syaz Meridien Hotel

Hotel Syaz Meridien  terletak di tengah-tengah bandar Melaka, ia menawarkan lokasi yang strategik hanya 450 meter dari pusat membeli-belah Mahkota Parade dan 650 meter dari Merdeka Pahlawan Megamall dan Kota A Famosa. Ia berada dalam jarak 2.1 km dari Kota St John dan Gereja St Peter, dan 3.6 km dari Terminal Bas Melaka Sentral.

Hotel ini terletak berhampiran dengan tarikan-tarikan utama seperti Rumah Terbalik Melaka, Menara Taming Sari, Feri Malacca dan Pelabuhan Melaka.

Hotel Syaz Meridien menyediakan room service 24 jam, front desk 24 jam, fasiliti tetamu kurang upaya, Wi-Fi percuma, kaunter tempahan lawatan dan tempat letak kereta.

Alamat: G-26, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, , 75000 Melaka

Baca selanjutnya ...


5. Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel Sentral Riverview Melaka terletak di pusat bandar. Ia berada tidak jauh (2 km) dari pusat-pusat tarikan yang terkenal seperti Jonker Walk, Stadthuys dan A Famosa. Ia terletak 2.5 km dari Melaka River Cruise dan 5 km dari Kampung Portugis.

Ia menawarkan bilik yang berhawa dingin dengan hiasan moden dan lantai kayu keras. Setiap bilik yang dihias menarik dilengkapi dengan peti deposit keselamatan serta TV dengan saluran kabel.

Perkhidmatan dobi dan cucian kering disediakan atas permintaan. Wifi percuma di kawasan awam serta tempat letak kereta secara percuma.

Alamat: 177, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, 75300 Melaka, Malaysia

Baca selanjutnya ...


6. Hotel V'la Heritage Melaka

V'la Heritage Melaka terletak di tepi sungai berdekatan (dalam jarak berjalan kaki) dengan tarikan-tarikan popular Melaka seperti Christ Church Melaka, Menara Jam Melaka, Muzium Warisan Baba-Nyonya, Jonker Street dan Melaka River Cruise.

Hotel yang bertaraf 1 bintang ini menawarkan bilik-bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan meja, WiFi percuma, kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam dan pengawal keselamatan 24 jam.

Tempat meletak kereta awam berbayar boleh didapati di lokasi berhampiran.

Alamat: No. 98, Lorong Hang Jebat, Persiaran Jonker, Melaka

Baca selanjutnya ...


7. Travellers Planet Hotel & Guesthouse

Travellers Planet Hotel & Guesthouse menawarkan penginapan di tengah bandar Melaka. Hotel ini terlejak berdekatan dengan beberapa lokasi pelancongan menarik di Melaka. Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke Menara Taming Sari, Porta de Santiago (A Famosa), Bangunan Stadthuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Mahkota Parade, Melaka River Cruise dan tempat-tempat makan seperti Asam Pedas Selera Kampung.

Wi-Fi percuma boleh didapati di seluruh hotel. Tempat meletak kereta awam berbayar boleh didapati di lokasi berhampiran.

Alamat: G-19 Jalan PM3, Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka, 75000 Melaka

Baca selanjutnya ...


8. Grand Star Hotel

Grand Star Hotel terletak berhampiran dengan Kuil Sam Po Kong, Kubu St John dan Pusat Perubatan Mahkota.

Tarikan-tarikan di kawasan ini termasuk Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall terletak hanya berjarak 400 meter dari hotel ini, manakala Kota A Famosa berada 600 meter dari hotel ini.

Grand Star Hotel menyediakan WiFi percuma serta daftar masuk dan daftar-masuk ekspres. Tempat meletak kenderaan awam berbayar boleh didapati di lokasi berhampiran.

Alamat: 256, Jalan 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Baca selanjutnya ...


9. D'Riverside Inn

D'Riverside Inn merupakan hotel butik dengan lounge berkongsi (shared lounge). Ia terletak berdekatan (boleh jalan kaki) dengan Porta de Santiago, Menara Jam Melaka, Bangunan Stadthuys, Perigi Hang Li Poh dan Jonker Street.

Bilik-bilik di D'Riverside Inn dilengkapi alat penyaman udara, TV skrin rata serta cerek. Hotel ini menarik kerana dihiasi dengan barangan-barangan antik.

D'Riverside Inn menyediakan khidmat sewa basikal dan motosikal disediakan di D'Riverside Inn. Wi-Fi boleh didapati di seluruh hotel dan ia adalah percuma. Parkir kenderaan awam boleh didapati di lokasi berhampiran.

Alamat: 7 Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka

Baca selanjutnya ...


10. 906 Riverside Hotel Melaka

906 Riverside Hotel Malacca terletak di tepi Sungai Melaka. Ia berada hanya 5 minit berjalan kaki dari Jonker Street dan 10 minit berjalan kaki dari Stadhuys.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik berhawa dingin, dilengkapi TV skrin rata dengan saluran satelit, peti keselamatan peribadi dan WiFi percuma. Kemudahan sterika, cerek elektrik, pengering rambut disediakan atas permintaan. Hotel ini juga mengendalikan kaunter penerimaan tetamu 24 jam.

Ia mempunyai sebuah kafe yang menyajikan hidangan antarabangsa yang disahkan halal. Tempat meletak kenderaan persendirian percuma boleh didapati di lokasi berhampiran.

Alamat: No.52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Baca selanjutnya ...

Semoga senarai 10 hotel murah Melaka di atas dapat membantu anda mencari penginapan yang tanpa menjejaskan bajet anda.