Takwim Cuti Umum Selangor 2020

Takwim cuti umum negeri Selangor tahun 2020. Berikut adalah kalendar cuti umum bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2020 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

Semoga kalendar cuti umum Selangor 2020 ini dapat membantu penduduk Selangor dalam membuat perancangan awal percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.


Hari Cuti / Kelepasan Am Negeri Selangor 2020

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Selangor untuk tahun 2020.

(Dikemaskini pada 24 Disember 2019)

Bil. Tarikh Hari Hari Kelepasan Am
1 1-Jan Rabu Tahun Baru 2020
2 25-Jan Sabtu Tahun Baru Cina
3 26-Jan Ahad Tahun Baru Cina (hari kedua)
4 8-Feb Sabtu Hari Thaipusam
5 1-Mei Jumaat Hari Pekerja
6 7-Mei Khamis Hari Wesak
7 10-Mei Ahad Hari Nuzul Al-Quran
8 24-Mei Ahad Hari Raya Puasa*
9 25-Mei Isnin Hari Raya Puasa (hari kedua)*
10 6-Jun Sabtu Hari Keputeraan YDP Agong
11 31-Jul Jumaat Hari Raya Qurban*
12 20-Ogo Khamis Awal Muharram (Maal Hijrah)
13 31-Aug Isnin Hari Kebangsaan
14 16-Sep Rabu Hari Malaysia
15 29-Okt Khamis Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)
16 14-Nov Sabtu Hari Deepavali*
17 11-Dec Jumaat Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
18 25-Dec Jumaat Hari Krismas

* Tertakluk kepada perubahan

Peringatan:

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.
Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Sumber: Hari—hari Kelepasan Am bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2020, Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

takwim cuti umum selangor 2020

Klik pada imej untuk paparan lebih besar dan jelas

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2020 dan Kalendar Islam 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah Malaysia.