Tarikh Bayaran Bonus Khas Penjawat Awam 2019

Bayaran bonus khas kakitangan awam 2019. Bantuan Khas Kewangan 2019 ialah pemberian khas kerajaan persekutuan kepada penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dan pesara kerajaan sepertimana diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2020. Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan yang terpuji oleh kakitangan awam.

Ia akan dibayar pada bulan Disember 2019. Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran bantuan khas tersebut seperti dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Tarikh & Kadar Bayaran Khas Kakitangan Awam

Penerima Amaun Tarikh Pembayaran

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah

RM500 18 Disember 2019

Pesara Kerajaan, Pesara Paksa Skim KWSP dan Veteran Tidak Berpencen

RM250 18 Disember 2019

Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 di sini untuk perincian pegawai yang layak dan pegawai yang tidak layak menerima bantuan khas ini.

bayaran khas 2019 kakitangan awam

Semoga bayaran khas untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2019 dan tahun-tahun seterusnya.