Kalendar Islam 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah Malaysia

Berikut adalah kalendar atau takwim Islam JAKIM dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2020M / 1441-1442H bagi Malaysia.

Kalendar Hijriah ialah kalendar lunar/qamariah, yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

[Baharu] Kalendar Islam 2021 Masihi / 1442-1443 Hijrah Malaysia

Manakala kalendar Masihi adalah kalendar solar/syamsiah, yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.

Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.

Kalendar / Takwim Islam Malaysia 2020

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masihi/Miladiah (teks hitam) dan kalendar Hijriah (teks merah) berdasarkan takwim yang diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tarikh dengan warna latar kuning emas menandakan hari permulaan bulan Islam/Hijriah.

Kalendar Islam Malaysia 2020 1441 1442 hijrah

Sila klik pada gambar untuk paparan saiz penuh yang lebih jelas

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2020 Malaysia

Tarikh Hijri Tarikh Masihi / Miladi Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 1441 22 Mac 2020 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1441* 24 April 2020 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1441 10 Mei 2020 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1441* 24 Mei 2020 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1441 22 Julai 2020 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1441* 31 Julai 2020 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1442 20 Ogos 2020 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1442 29 Oktober 2020 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.

Semoga maklumat mengenai takwim Hijriah ini berguna buat para pembaca dalam membuat semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam di Malaysia. Diharap kalendar ini akan memudahkan para pembaca untuk merancang melakukan amalan-amalan yang bersesuaian dengan sambutan hari-hari perayaan dan kebesaran Islam seperti puasa sunat, doa khusus dan sebagainya.

Baca juga: