Cara Tukar Tarikh Masihi ke Hijrah
Ramai yang tercari-cari cara menukar tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah/Islam. Berikut kami sediakan widget pengubah (converter) untuk menukar sebarang tarikh daripada kalendar Masihi kepada kalendar Hijrah atau sebaliknya.
Converter ini boleh digunakan untuk menyemak tarikh kalendar Islam hari ini, serta tarikh-tarikh penting dalam hidup anda seperti tarikh perkahwinan dan tarikh lahir mengikut takwim Islam.
Ia juga boleh digunakan untuk mengetahui tarikh Masehi bagi hari-hari penting dalam kalendar Islam seperti awal Muharram, Israk Dan Mikraj, Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban, permulaan Ramadan dan juga hari raya.
Cara Menukar Tarikh Masihi Kepada Hijrah
- Masukkan tarikh Masihi yang ingin ditukar ke dalam kotak "Tarikh Kalendar Masihi".
- Seterusnya tekan butang "Masihi → Hijrah".
- Tarikh Hijrah akan dipaparkan di dalam kotak "Tarikh Kalendar Hijrah".
Nama hari bagi tarikh tersebut juga akan dipapar, di dalam kotak paling bawah.
Untuk menukar tarikh Hijrah kepada Masihi, lakukan langkah-langkah serupa cuma bermula di kotak "Tarikh Kalendar Hijrah".
Semoga widget pengubah tarikh Masihi - Hijrah ini berguna untuk para pembaca sekelian.
Nota: Sekiranya terdapat kesilapan atau anda was-was tentang ketepatan converter ini, sila rujuk Kalendar Islam 2020 yang bersumberkan kalendar Hijriah keluaran JAKIM.