Kalendar Islam 2021 Masihi / 1442-1443 Hijrah Malaysia

Maklumat kalendar atau takwim Islam JAKIM dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2021M / 1442-1443H bagi Malaysia.

Kalendar Islam atau Kalendar Hijriah adalah merupakan kalendar lunar/qamariah, iaitu kalendar yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

[Baharu] Kalendar Islam 2022 Masihi / 1443-1444 Hijrah Malaysia

Manakala kalendar Masihi adalah kalendar solar/syamsiah, yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.

Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.

Kalendar / Takwim Islam Malaysia 2021

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masihi/Miladiah (teks hitam) dan kalendar Hijriah (teks merah) berdasarkan takwim yang diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tarikh dengan warna latar kuning emas menandakan hari permulaan bulan Islam/Hijriah.

Kalendar Islam Malaysia 2021 1442-1443 hijrah

Sila klik pada gambar untuk paparan saiz penuh yang lebih jelas

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 Malaysia

Tarikh Hijri Tarikh Masihi / Miladi Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 1442 11 Mac 2021 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1442* 13 April 2021 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1442 29 April 2021 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1442* 13 Mei 2021 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1442 11 Julai 2021 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1442* 20 Julai 2021 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1443 10 Ogos 2021 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1443 19 Oktober 2021 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.

Diharap maklumat mengenai takwim Hijriah ini berguna buat para pembaca Muslim dalam membuat semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam di Malaysia. Semoga kalendar ini dapat memudahkan para pembaca untuk merancang aktiviti yang bersesuaian dengan sambutan hari-hari perayaan dan kebesaran Islam seperti puasa sunat, doa khusus dan sebagainya.

Baca juga: