Semakan Keputusan UPUOnline SPM Sesi 2021/2022

Semakan keputusan permohonan UPUOnline Lepasan SPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022.

Maklumat terkini mengenai semakan keputusan permohonan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan 2021/2022. Maklumat ini terhad kepada permohonan yang di buat menerusi UPUOnline.

Post ini akan dikemaskini secara berterusan untuk berkongsi maklumat terbaharu dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan UPUOnline untuk SPM/Setaraf

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 untuk lepasan SPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online di laman web UA terpilih serta laman web UPUOnline dan juga melalui aplikasi mudah alih UPUPocket.

Semakan UPUOnline boleh dibuat mulai dari tarikh 16 Julai 2021 jam 12.00 tengahari hingga 25 Julai 2021 jam 5.00 petang.

a) Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui mana-mana saluran semakan yang disenaraikan di bawah.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPG Matrikulasi IPTA

b) Semakan Keputusan UPU Menggunakan App

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket. Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini boleh juga semak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan tarikh-tarikh penting UPU 2021/2022.

Pemohon yang BERJAYA akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh UA atau Politeknik. Untuk mengesahkan tawaran tersebut, pemohon perlu menjawab surat SETUJU TERIMA TAWARAN dalam tempoh yang ditetapkan (sehingga 26 Julai 2021).

Untuk maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA/IPG/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Kominiti/ILKA, sila layari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ atau FB rasmi UPU - Kemasukan BPKP JPT.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Sila bookmark dan share.