Rayuan UPUOnline Sesi 2021/2022 Lepasan SPM

Permohonan rayuan UPUOnline ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan SPM/Setaraf. Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan pembaca.

Permohonan e-Rayuan Keputusan UPU Lepasan SPM

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran serta yang ditawarkan ke program pengajian peringkat sijil yang layak mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline.

Tarikh permohonan rayuan UPU dibuka bagi ambilan sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

  • Rayuan ke Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) & Politeknik Premier

    UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam, Matrikulasi, IPG dan Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh dicapai mulai 16 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Julai 2021 jam 5.00 petang.

    Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan UPU Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

    http://upu.mohe.gov.my

  • Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA

    Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA boleh dikemukakan melalui portal agensi yang berkenaan.

permohonan rayuan dan semakan keputusan rayuan upu online ipta

Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan SPM

Semakan keputusan e-rayuan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) & Politeknik Premier menerusi pengambilan UPUOnline boleh dibuat secara online dan juga SMS.

▣ Tarikh Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan

Tarikh semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA, Kolej Matrikulasi, IPG & Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf akan kami kemaskini kemudian.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di institusi pendidikan berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

▣ Kaedah Semakan Keputusan Rayuan

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sila bookmark dan share.