Senarai Dan Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

Politeknik Malaysia merupakan institusi pendidikan milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Politeknik menawarkan pengajian di dalam bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Setakat ini terdapat 36 buah politeknik di seluruh Malaysia, yang menawarkan kira-kira 87 program pengajian.

Politeknik Malaysia diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.

Berikut adalah senarai terkini politeknik di Malaysia dan juga maklumat mengenai perbezaan Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.


Senarai Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

(Dikemaskini pada 20 Januari 2018)


⦿ Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan universiti awam (UA). Ia hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Ia tidak menawarkan program peringkat sijil.

Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.


Senarai Terkini Politeknik Premier
  1. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor 
  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor


⦿ Politeknik Konvensional

Politeknik Konvensional berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Politeknik Konvensional menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program atau kursus yang ditawarkan ialah pada peringkat Sijil dan Diploma. Kursus ditawarkan dalam bentuk kursus sepenuh masa  dan separuh masa / secara sambilan.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal UPU atau politeknik.


Senarai Terkini Politeknik Konvensional
  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah
  3. Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan
  4. Politeknik Kuching (PKS), Sarawak
  5. Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan
  6. Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Menggatal, Sabah
  7. Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang
  8. Politeknik Melaka (PKM), Malim, Melaka
  9. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu
  10. Politeknik Merlimau (PMM), Melaka
  11. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak
  12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah
  13. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang, Selangor
  14. Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang
  15. Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang
  16. Politeknik Jeli (PJK), Kelantan
  17. Politeknik Mukah (PMU), Sarawak
  18. Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  19. Politeknik Banting (PBS), Selangor
  20. Politeknik Mersing (PMJ), Johor
  21. Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Kuala Berang, Terengganu
  22. Politeknik Sandakan (PSS), Sabah
  23. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis
  24. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu
  25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh, Johor
  26. Politeknik Besut (PBT), Bukit Keluang, Besut (kini menumpang di Politeknik Kuala Terengganu)
  27. Politeknik Bagan Datuk (PBD), Hutan Melintang, Perak
  28. Politeknik Tawau (PTS), Sabah (kini menumpang di Politeknik Sandakan)

senarai dan perbezaan politeknik


⦿ Politeknik METrO

Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan.

Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskilling dan re-skilling. Pembelajaran dijalankan secara virtual learning dan melibatkan komponen on the job training.

Politeknik METrO terletak di pusat bandar dan tidak menyediakan asrama untuk pelajar.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPU atau politeknik.


Senarai Terkini Politeknik METrO
  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur
  2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang
  3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Johor
  4. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Tasek Gelugor, Pulau Pinang
  5. Politeknik METrO Betong (PMB), Sarawak

Semoga maklumat mengenai jenis-jenis dan perbezaan politeknik di atas dapat membantu anda memilih politeknik terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

Untuk mengetahui politeknik dan kursus mana yang layak dipohon berdasarkan kelulusan, sila layari Sistem Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional/METrO di sini.