Semakan Keputusan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA 2019

Semakan keputusan permohonan dan rayuan kemasukan ke program Sijil dan Diploma Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA ambilan tahun 2019 bagi lepasan SPM/Setaraf & Persijilan Kemahiran Malaysia dan setaraf.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai semakan tawaran Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta rayuan untuk panduan pembaca.


Semakan Tawaran ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

Semakan tawaran kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA boleh dibuat secara online mulai 5 Mei 2019. Semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut.


Rayuan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

Pemohon yang tidak berjaya mendapat mana-mana tawaran bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dari Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti atau ILKA, anda boleh mengemukakan rayuan. Rayuan adalah melalui agensi masing-masing dan tidak melalui UPUOnline.

  • Politeknik Dan Kolej Komuniti

    Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal yang sama dengan semakan.

  • ILP / ADTEC / JMTI

    Rayuan terus ke pusat latihan yang berdekatan.

  • IKM, KKTM & MJII

    Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal yang sama dengan semakan.

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sila bookmark dan share.