Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM Sesi 2019/2020

Semakan keputusan permohonan UPUOnline SPM/Setaraf bagi sesi akademik 2019/2020.

Post ini dikemaskini secara berterusan untuk berkongsi maklumat terbaharu dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai semakan berkaitan permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan 2019 / 2020. Maklumat ini terhad kepada permohonan yang di buat menerusi UPUOnline.

Untuk permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (TVET), semakan boleh juga dibuat menerusi saluran agensi masing-masing. Sila layari Semakan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA 2019.

Sila bookmark dan share.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPTA


Semakan Keputusan Ke UA dan Politeknik Premier untuk SPM/Setaraf

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2018/2019 untuk lepasan SPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online di laman web UA terpilih serta laman web UPU, secara SMS dan juga melalui aplikasi mudah alih UPUPocket.

Semakan boleh dibuat mulai dari tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

  • 5 Mei 2019 pukul 12:00 tengahari sehingga jam 11:59 malam 12 Mei 2019


a) Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.


b) Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara SMS

Berikut adalah cara menyemak keputusan permohonan UPU melalui SMS bagi lepasan SPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat bermula pukul 12:00 tengahari 5 Mei 2019 sehingga jam 11:59 malam 12 Mei 2019.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPTA

Klik untuk gambar besar dan jelas

  1. Taipkan:

    UPU<jarak>RESULT<jarak>[No. KP]

    Contoh: UPU  RESULT  981114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj penghantaran SMS adalah RM0.15 sen manakala caj penerimaan SMS adalah RM0.20 sen.


c) Semakan Keputusan Permohonan UPU Melalui Telefon

Semakan keputusan permohonan UPU boleh juga dilakukan dengan menelefon talian hotline UPU: 03-88708200.


d) Semakan Keputusan UPU Menggunakan App

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket 2.0. Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini boleh juga semak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan Tarikh-tarikh Penting UPU.

Pemohon yang BERJAYA akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh UA atau Politeknik. Untuk mengesahkan tawaran tersebut, pemohon perlu menjawab surat SETUJU TERIMA TAWARAN dalam tempoh yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam surat tawaran).


Cetakan Surat Tawaran

Berikut adalah senarai pautan laman web UA dan JPP untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran.


Rayuan ke UA/Politeknik

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan. UPU Online e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja bermula dari hari keputusan tawaran diumumkan.

Semakan keputusan e-Rayuan UPU boleh dibuat pada penghujung bulan Jun 2019.

Untuk maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA/Politeknik/Kolej Kominiti/ILKA, sila layari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/, FB rasmi UPU - Kemasukan BPKP JPT, atau Twitter rasmi UPU.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.