Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Berikut ialah kalendar aktiviti permohonan UPU bagi sesi 2020/2021. Ia menyatakan garis masa aktiviti-aktiviti penting permohonan UPU, seperti tarikh permohonan dibuka/ditutup, tarikh rayuan dibuka/ditutup, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Anda hendaklah peka dengan tarikh-tarikh ini supaya anda dapat bertindak dalam julat masa yang ditetapkan.

[Baharu] Tarikh Penting Permohonan UPUOnline Sesi 2023/2024

Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2020/2021

Kalendar aktiviti permohonan UPU telah berubah berikutan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalendar ini akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat baharu diperolehi.

Tarikh (2020) Aktiviti Penting
25 Februari Jualan Unik ID dibuka
25 FebruariPermohonan UPUOnline 2020/2021 dibuka
16 April Jualan Unik ID ditutup
17 April Permohonan UPUOnline ditutup
29 April - 20 MeiProses temuduga dan ujian bagi Lepasan SPM dijalankan
3 Jun (jangkaan)Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM
1 Jun - 21 JulaiProses temuduga dan ujian bagi Lepasan STPM dijalankan
20 - 24 JulaiSistem UPUOnline Fasa 2 - Matrikulasi / Asasi Dibuka
18 Ogos (jangkaan)Hebahan keputusan permohonan kemasukan ke UA bagi Lepasan STPM/setaraf

tarikh penting permohonan upu online 2020 2021

Tarikh-tarikh penting UPUOnline terkini

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di sini atau laman web UPU di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ atau menelefon talian helpline UPU di 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2020/2021 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau ILKA. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.

Baca juga: