Permohonan UPUOnline 2020 UA IPG Matrikulasi Politeknik ILKA

Tarikh dan cara permohonan UPU Online 2020/2021. Permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2020/2021.

Dikongsikan maklumat terkini permohonan kemasukan UPU secara online untuk ambilan 2020/2021 ke Universiti Awam, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA untuk panduan pembaca.

[Baharu] Permohonan UPUOnline Kemasukan Ke UA, Politeknik, KK & ILKA 2022/2023

Siapa Yang Layak Memohon UPUOnline

Berikut disenaraikan kategori program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak memohon berdasarkan kelulusan mereka.

a. Lepasan SPM

Semua calon yang berkelulusan SPM tahun 2017, 2018 dan 2019 adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke:

b. Lepasan STPM/Setaraf

Semua calon yang berkelulusan:

  • STPM 2019
  • STAM 2018 & 2019
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM 2019/2020
  • Diploma/Setaraf (Diploma UA/Politeknik; DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma; Kelayakan setaraf seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM / CPU; STPM, Matrikulasi/Asasi dan STAM bukan tahun semasa)

adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke:

  • Program Ijazah Sarjana Muda di UA

permohonan UPUOnline 2020

Klik pada gambar untuk paparan besar dan jelas

Cara Memohon ke UA, IPG, Matrikulasi, IPTA dan ILKA Menerusi UPUOnline

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, IPG, Kolej Matrikulasi, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) & ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUOnline. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan.

  1. Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian boleh dilakukan di kaunter ataupun sekiranya pemohon / ibubapa memiliki akaun Giro BSN, pembelian boleh juga dilakukan di mesin ATM dan perbankan internet BSN.

    Tarikh mula jualan nombor pin Unik ID UPU ialah pada 24 Februari 2020 sehingga 30 Mac 2020 (SPM) dan 6 April 16 April 2020 (STPM/Setaraf).

    Harga nombor Unik ID ialah RM15.60 bagi kedua-dua kategori permohonan (lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf).

  2. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:

    http://upu.moe.gov.my

    Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Daftar Kali Pertama terlebih dahulu. Pendaftaran UPUOnline boleh dibuat tanpa nombor Unik ID.

    Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online.

  3. Setelah siap mengisi dan menghantar borang permohonan UPUOnline, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

  4. Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.

Tempoh Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Tarikh sistem UPUOnline dibuka ialah mulai 24 Februari 2020 jam 12:00 tengahari.

Manakala tarikh tutup sistem UPUOnline ialah:

  • Untuk lepasan SPM: 31 Mac 17 April 2020 jam 11:59 malam
  • Untuk STPM/Setaraf: 7 April 17 April 2020 jam 11:59 malam

Maklumat dan Panduan Permohonan UA, IPG, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat mengenai UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Semakan Berkaitan Kemasukan UPU 2020/2021

Untuk perincian mengenai semakan panggilan temuduga, semakan panggilan ujian, semakan keputusan permohonan kemasukan dan semakan keputusan rayuan, sila layari:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, sila hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM melalui laman sosial Facebook Kemasukan BPKP JPT, Instagram '@KEMASUKANBPKP' dan laman web UPU di pautan http://upu.moe.gov.my.

BPKP JPT juga boleh dihubungi di talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di upu@moe.gov.my.

Diharap perkongsian info mengenai permohonan UPUOnline untuk kemasukan Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam sesi 2020/2021 ini berguna buat para pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

Untuk ranking universiti tempatan, sila rujuk Ranking Universiti di Malaysia.

Nota: Bermula Mac 2015 istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik.

Baca juga: