Semakan Keputusan UPU ke UA Sesi 2017/2018 Untuk STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan ke UA bagi lepasan STPM/Setaraf sesi 2017/2018.

Post ini akan sentiasa dikemaskini untuk berkongsi maklumat terbaharu mengenai permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi lulusan STPM/Setaraf.

Sila bookmark dan share.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPTA


Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke UA untuk sesi akademik 2017/2018 bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online atau SMS, bermula dari tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Semakan boleh dibuat bermula 3 Ogos 2017.


⦿ Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.


⦿ Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara SMS

Berikut adalah cara menyemak keputusan permohonan UPU melalui SMS bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat bermula pukul 12:00 tengahari 3 Ogos 2017 dan berakhir 6 September 2017.

semakan keputusan permohonan kemasukan dan tawaran UPU UA IPTA

  1. Taipkan:

    UPU<jarak>RESULT<jarak>[No. KP]

    Contoh: UPU  RESULT  981114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj penghantaran SMS adalah RM0.15 sen manakala caj penerimaan SMS adalah RM0.20 sen.

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Universiti Awam masing-masing.


Cetakan Surat Tawaran

Berikut adalah senarai pautan laman web UA untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran.


Permohonan Rayuan ke UA

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama lima hari sahaja bermula dari hari keputusan tawaran diumumkan, iaitu dari 3 Ogos hingga 7 Ogos 2017.

Untuk maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA, sila layari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/, FB rasmi  UPU - Kemasukan BPKP JPT, atau Twitter rasmi UPU.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Click to go to top