Semakan Keputusan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pengambilan 2018.

Buat panduan para pelajar lepasan UPSR 2017 yang telah memohon untuk memasuki Tingkatan 1 di MRSM.


Tarikh Hebahan Keputusan Permohonan / Tawaran ke MRSM

Keputusan permohonan ke MRSM Tingkatan 1 2018 akan diumum keluar pada 22 Januari 2018.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).

Pada masa yang sama semakan juga boleh dibuat secara atas talian.


Cara Semak Keputusan MRSM Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 boleh dilakukan secara online. Sila layari halaman Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 di portal rasmi MARA, di pautan berikut:

https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp

MRSM

Bagi pemohon yang berjaya, surat tawaran rasmi juga boleh dicetak dengan di pautan ini.

Pemohon yang berjaya hendaklah mengesahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran.


Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1

Bagi pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh mengemukakannya menerusi pautan yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 / 4533 / 4532 / 4531.

Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran untuk memasuki Form 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2018. Kepada yang kurang bernasib baik, pastikan anda membuat rayuan.