Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4 2021

Permohonan secara online kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2021 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

MARA mempelawa calon-calon yang cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke MRSM bagi mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program kurikulum kebangsaan dan antarabangsa yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Calon diwajibkan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dan Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM. Keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sebelum memohon, sila baca dan fahami semua Program MRSM, syarat-syarat kelayakan dan panduan mengisi borang permohonan.

permohonan MRSM 2021 tingkatan 1 tingkatan 4

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1

Berikut adalah pautan kepada maklumat program serta panduan memohon ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2021:

  • Maklumat mengenai program-program yang ditawarkan, syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibaca di sini.
  • Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2021 boleh dimuat turun di sini.

Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 1

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 ambilan 2021 adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 di pautan berikut:

    https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/frmLoginF1.aspx

  2. Bagi pengguna baru, daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan. Klik pada pautan "Daftar Pengguna" untuk mendaftar.
  3. Setelah selesai mendaftar, kembali ke laman web Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 untuk membuat permohonan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, maklumat Pendapatan Keluarga, maklumat Pilihan Programdan MRSM dan maklumat Pilihan Pusat Ujian.
  6. Tick pada kotak pengakuan pemohon dan pengakuan Ibubapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik butang "Hantar".
  7. Akhir sekali cetak borang permohonan dan simpan.

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4

Berikut adalah capaian maklumat, syarat sertan panduan permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2021:

  • Maklumat mengenai program-program yang ditawarkan, syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibaca di sini.
  • Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2021 boleh dimuat turun di sini.

Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 4

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ambilan 2021 adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 di pautan berikut:

    https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/frmLoginF4.aspx

  2. Bagi pengguna baru, daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan. Klik pada pautan "Daftar Pengguna" untuk mendaftar.
  3. Setelah selesai mendaftar, kembali ke laman web Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 untuk membuat permohonan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, maklumat Pendapatan Keluarga, maklumat Pilihan Programdan MRSM dan maklumat Pilihan Pusat Ujian.
  6. Tick pada kotak pengakuan pemohon dan pengakuan Ibubapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik butang "Hantar".
  7. Akhir sekali cetak borang permohonan dan simpan.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2021

Keputusan permohonan ke MRSM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Semakan status permohonan akan dibuka mulai 10 Mac 2021.

Nota: Pemohon yang ditawarkan atau sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.