Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seluruh Malaysia

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) / Fully Residential School merupakan sekolah menengah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memupuk serta mengembangkan potensi pelajar terpilih di dalam iklim pembelajaran yang kondusif, terkawal dan terancang.

SBP dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR (kemasukan Tingkatan 1) dan PT3 (kemasukan Tingkatan 4) terutamanya dari kawasan dari luar bandar.

SBP dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM.

SBP sepertimana Maktab Rendah Sains MARA, wujud di setiap negeri di seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat 70 buah sekolah SBP di seluruh negara (tidak termasuk 6 yang dalam perancangan atau pembinaan).

SENARAI TERKINI SBP SERTA ALIRAN

Berikut adalah jadual senarai Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia yang terkini. Senarai ini akan dikemaskini bila terdapat perubahan. Jadual ini menyatakan nama sekolah serta singkatan, lokasi (nama bandar dan negeri), aliran pengajian mengikut pakej mata pelajaran yang ditawarkan, dan alamat laman web sekolah.

No Nama Sekolah (Singkatan) Lokasi Aliran Laman Web
1 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, Selangor Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas https://www.facebook.com/Kolej-Islam-Sultan-Alam-Shah-Official-191199154273963/
2 Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya, Selangor Sains Tulen, Sains Sosial https://seriputeri.edu.my
3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) Kajang, Selangor Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas https://smapk.edu.my
4 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) Kuala Selangor, Selangor Sains Tulen https://www.kusess.edu.my/
5 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) Batang Kali, Selangor Sains Tulen http://semashur.edu.my/
6 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) Rawang, Selangor Sains Tulen Agama, TMUA https://www.sbpirawang.com
7 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB) Gombak, Selangor Sains Tulen, Sains Tulen Agama http://sbpigombak.edu.my/
8 Sekolah Menengah Sains Banting (BASiS) Banting, Selangor Sains Tulen https://www.facebook.com/sainsbanting/
9 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) Sabak Bernam, Selangor Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://sbpisb.edu.my/
10 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Presint 1, Putrajaya Sains Tulen https://sas.edu.my
11 Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Sains Tulen https://www.facebook.com/smsaskl/
12 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) Sentul, Kuala Lumpur Sains Tulen https://seseri.edu.my/
13 Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Sains Tulen https://www.facebook.com/SM.Sains.Selangor/
14 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan, Pahang Sains Tulen http://www.semsas.edu.my/
15 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) Raub, Pahang Sains Tulen, Sains Teknikal http://www.semesta.edu.my/
16 Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH Pekan) Pekan, Pahang Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial https://shahpekan.edu.my/
17 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (InSofT) Temerloh, Pahang Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal https://www.facebook.com/Sekolah-Berasrama-Penuh-Integrasi-Temerloh_Official-306023042784466/
18 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) Kuantan, Pahang Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://www.facebook.com/myINTEK
19 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) Pekan, Pahang Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://instarpekan.blogspot.com/
20 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) Karak, Pahang TMUA https://www.facebook.com/smapbentong/
21 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) Kuala Nerus, Terengganu Sains Tulen https://www.facebook.com/sbpsesma/
22 Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) Dungun, Terengganu Sains Tulen, Sains Teknikal http://smsdonline.edu.my
23 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) Kuala Terengganu, Terengganu Sains Tulen https://www.facebook.com/sesterkt
24 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRaInS) Kuala Terengganu, Terengganu Sains Tulen Agama, TMUA https://www.facebook.com/TMUABRaInS/
25 Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) Kuala Berang, Terengganu Sains Tulen https://www.facebook.com/pages/SM-SAINS-HULU-TERENGGANU-SAHUT/153077501408847
26 Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS) Setiu, Terengganu Sains Tulen https://www.facebook.com/sainssetiu/
27 Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) Pengkalan Chepa, Kelantan Sains Tulen, Sains Sosial https://www.smstmfp.edu.my
28 Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH) Machang, Kelantan Sains Tulen, Sains Teknikal https://smach.edu.my/
29 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP) Pasir Puteh, Kelantan Sains Tulen https://sainspp.edu.my/
30 Sekolah Menengah Sains Jeli (JeSS) Jeli, Kelantan Sains Tulen
31 Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS) Gua Musang, Kelantan Sains Tulen https://www.facebook.com/GUAMSS
32 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak Sains Tulen, Sains Sosial https://www.mckk.edu.my
33 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak Sains Tulen, Sains Sosial https://www.staripoh.edu.my/
34 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, Perak Sains Tulen, Sains Teknikal https://seratas.edu.my
35 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) Teluk Intan, Perak Sains Tulen, Sains Teknikal https://www.semesti.net/
36 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) Gopeng, Perak Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://www.facebook.com/SBPIGopeng
37 Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) Bagan Datoh, Perak Sains Tulen https://www.sabda.edu.my
38 Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) Tapah, Perak Sains Tulen https://sesta.edu.my
39 Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (Syed Putra) Kangar, Perlis Sains Tulen, Sains Teknikal https://www.facebook.com/SMSTSP.SBP/
40 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) Jitra, Kedah Sains Tulen, Sains Teknikal https://smsah.edu.my/
41 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) Sungai Petani, Kedah Sains Tulen, Sains Teknikal https://sciencekedah.edu.my/webs
42 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) Pokok Sena, Kedah Sains Tulen https://www.facebook.com/OfficialSAINA/
43 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (I-KUPS) Bukit Kayu Hitam, Kedah Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal https://sbpikp.edu.my/
44 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS) Jitra, Kedah Sains Tulen https://smskp.edu.my/
45 SM Sains Pendang @ Akademi Pintar Pendang (PENDETA) Pendang, Kedah https://www.facebook.com/smsainspendang/
46 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (Tun Syed) Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sains Tulen, Sains Teknikal https://www.facebook.com/tunsyed/
47 Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA) Kepala Batas, Pulau Pinang Sains Tulen http://smskb.edu.my/
48 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Nilai, Negeri Sembilan Sains Tulen https://tkc.edu.my/v2/
49 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Seremban, Negeri Sembilan Sains Tulen https://www.sdar.edu.my/portal/
50 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial https://www.smstj.com/
51 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) Labu, Negeri Sembilan Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas https://smaplabu.edu.my/
52 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) Batu Kikir, Negeri Sembilan Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://www.facebook.com/intej6001/
53 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) Seremban, Negeri Sembilan Sains Tulen https://www.saser.edu.my/utama/
54 Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) Rembau, Negeri Sembilan Sains Tulen https://www.facebook.com/sainsrembauofficial/
55 Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani
[dahulunya SMS Perempuan Seremban] (SGS)
Seremban, Negeri Sembilan Sains Tulen, Sains Sosial https://www.sgs.edu.my
56 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) Ayer Keroh, Melaka Sains Tulen https://mozac.edu.my
57 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISMe) Selandar, Melaka Sains Tulen Agama, TMUA https://sbpiselandarmel.blogspot.com
58 Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru, Johor Sains Tulen http://www.stf.edu.my
59 Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Kluang, Johor Sains Tulen, Sains Teknikal https://sciencejohor.com
60 Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) Muar, Johor Sains Tulen, Sains Teknikal https://www.facebook.com/jea9004/
61 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) Kota Tinggi, Johor Sains Tulen https://www.sakti.edu.my
62 Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (ISKANDAR) Mersing, Johor Sains Tulen, Sains Tulen Agama https://www.facebook.com/SMSainsSultanIskandar/
63 Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) Kluang, Johor Sains Tulen https://www.sciencesembrong.edu.my/
64 Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT) Batu Pahat, Johor Sains Tulen https://www.smsbatupahat.com/
65 Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) Tuaran, Sabah Sains Tulen https://www.smesh.edu.my
66 Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (SEMSALD) Lahad Datu, Sabah Sains Tulen https://www.facebook.com/semsald/
67 Sekolah Menengah Sains Labuan (SMEXCEL) Sungai Pagar, Labuan Sains Tulen https://www.facebook.com/smslabuan/
68 Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI) Miri, Sarawak Sains Tulen https://www.facebook.com/sainsriofficial2016/
69 Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) Kuching, Sarawak Sains Tulen https://www.facebook.com/SekolahMenengahSainsKuching/
70 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) Kuching, Sarawak Sains Tulen https://smsakura.edu.my/

Dikemaskini pada 10 Jun 2021

Senarai SBP Sekolah Berasrama Penuh

JENIS-JENIS SBP

SBP dipecahkan kepada SBP Premier, Sekolah Menengah Sains (SMS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP).

  • SBP Premier

    SBP Premier merujuk kepada sekumpulan sekolah asrama penuh terawal ditubuhkan. Kerajaan menggalakkan SBP Premier untuk meneruskan tradisi sekolah masing-masing bagi meneruskan kejayaan melahirkan pelajar bumiputera yang serba boleh dan berjaya. Kebanyakan sekolah SBP Premier sentiasa berada dalam kategori “sekolah berprestasi tinggi”.

    Buat masa ini terdapat 11 buah SBP Premier. Senarai SBP Premier adalah seperti berikut:

    ✦ Zon Utara: Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SM Sultan Abdul Halim
    ✦ Zon Tengah: Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Seri Puteri, Kolej Islam Sultan Alam Shah
    ✦ Zon Selatan: Sekolah Dato’ Abdul Razak, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Tun Fatimah
    ✦ Zon Timur: SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, SM Sains Sultan Mahmud

  • Sekolah Menengah Sains (SMS)

    Sehingga kini bilangan Sekolah Menengah Sains adalah 44 buah di seluruh negara. Setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah SM Sains.

  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

    Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) ialah SBP yang menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. Pelajar di menengah rendah pula wajib mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.

    Buat masa ini terdapat 12 buah SBPI di seluruh negara, iaitu:

    SMS Sultan Iskandar, SBPI Kubang Pasu, SBPI Selandar, SBPI Jempol, SBPI Kuantan, SBPI Tun Abdul Razak, SBPI Temerloh, SBPI Gopeng, SBPI Rawang, SBPI Gombak, SBPI Sabak Bernam dan SBPI Batu Rakit.

  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

    Pada masa ini terdapat 3 buah SMAP di seluruh negara, iaitu:

    SM Agama Persekutuan Kajang, SM Agama Persekutuan Labu dan SM Agama Persekutuan Bentong.

Senarai SBP Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Ia merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Pada masa ini terdapat 4 buah SBP yang menawarkan TMUA.

SM Agama Persekutuan Bentong, SBP Integrasi Rawang, SBP Integrasi Selandar dan SBP Integrasi Batu Rakit

Senarai SBP Murid Lelaki

Pada masa ini terdapat 6 buah SBP yang menempatkan pelajar lelaki sahaja.

Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Dato' Abdul Razak, SMS Tuanku Munawir dan SMS Alam Shah.

Senarai SBP Murid Perempuan

Pada masa ini terdapat 6 buah SBP yang menempatkan pelajar perempuan sahaja.

Sekolah Seri Puteri, SMS Seri Puteri, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Tun Fatimah, SMS Pasir Puteh dan SMS Tuanku Aishah Rohani.

Senarai SBP Dalam Pembinaan

Terdapat 6 buah SBP yang masih dalam pembinaan.

SBPI Tanah Merah, SBP Manjung, SBP Keningau, SBP Tangkak, SMS Segamat dan SBP Agama Perlis

Semoga info mengenai nama SBP, lokasi, aliran, alamat laman web serta jenis SBP ini berguna buat pembaca khususnya para ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh.