Senarai MRSM Seluruh Malaysia

Senarai MRSM terkini serta nama, alamat, laman web dan lokasi GPS setiap MRSM. Juga senarai MRSM mengikut jenis aliran - MRSM Premier, MRSM Bitara/PKP, MRSM IGCSE, MRSM Ulul Albab, MRSM IB MYP, MRSM Teknikal.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tujuan penubuhan MRSM ialah bagi menambah bilangan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar.

MRSM yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. Pada tahun 1973, MARA membina MRSM kedua iaitu MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

MRSM yang ditaja MARA, seperti juga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ditaja KPM, wujud hampir di setiap negeri di Malaysia. Sehingga kini terdapat 55 buah MRSM yang beroperasi di seluruh negara, dan beberapa buah lagi dalam pembinaan dan perancangan.

Berikut adalah senarai terkini MRSM berserta tahun penubuhan, alamat, pautan laman web rasmi dan koordinat GPS. Senarai MRSM ini akan dikemaskini bila terdapat perubahan.

Senarai MRSM Seluruh Malaysia

(Dikemaskini 10 Mac 2022)

Bil Nama MRSM (tahun penubuhan) Alamat Laman web
Koordinat GPS
1 MRSM Pengkalan Chepa (1973) Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Web: pchepa.mrsm.edu.my

GPS: 6.156455, 102.294598

2 MRSM Kuantan (1974) Jalan Tok Sira, Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang

Web: kuantan.mrsm.edu.my

GPS: 3.821932, 103.352577

3 MRSM Kuala Terengganu (1978) Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Web: kterengganu.mrsm.edu.my

GPS: 5.418874, 103.058377

4 MRSM Muar (1980) KM 10, Jalan Bakri, 84200 Muar, Johor

Web: muar.mrsm.edu.my

GPS: 2.0396557, 102.6529548

5 MRSM Tun Ghaffar Baba (1981) Jalan Sempang Kerayong, Batu 20 Sempang Kerayong, 77000 Jasin, Melaka

Web: tgb.mrsm.edu.my

GPS: 2.3018467, 102.4378226

6 MRSM Balik Pulau (1982) Jalan Pondok Upeh, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Web: bpulau.mrsm.edu.my

GPS: 5.3308729, 100.2255833

7 MRSM Taiping (1982) Lot 1969 Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak

Web: taiping.mrsm.edu.my

GPS: 4.863332, 100.758310

8 MRSM Terendak (1983) Markas Infantri 3 Divisyen, Kem Terendak, 76200, Sungai Udang, Melaka

Web: terendak.mrsm.edu.my

GPS: 2.288794, 102.1125806

9 MRSM Beseri (1985) Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Web: beseri.mrsm.edu.my

GPS: 6.551369, 100.230703

10 MRSM Kuala Berang (1987) Pejabat Pos Kuala Berang, Peti Surat 31, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Web: kberang.mrsm.edu.my

GPS: 5.077556, 102.9776202

11 MRSM Pasir Tumboh (1987) Desa Darulnaim, 16150 Pasir Tumboh, Kelantan

Web: ptumboh.mrsm.edu.my

GPS: 6.0567907, 102.2832604

12 MRSM Kuala Klawang (1987) Jalan Titi, Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

Web: kklawang.mrsm.edu.my

GPS: 2.9781454, 102.0594212

13 MRSM PDRM Kulim (1991) PKN Polis Hutan (PPH), KM 5, Jalan Junjung, 09000 Kulim, Kedah

Web: pdrmkulim.mrsm.edu.my

GPS: 5.333151, 100.5354663

14 MRSM Serting (1993) Bandar Baru Serting, 72100 Serting, Negeri Sembilan

Web: serting.mrsm.edu.my

GPS: 2.9057209, 102.4010215

15 MRSM Gerik (1993) Bukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7, 33300 Gerik, Perak

Web: gerik.mrsm.edu.my

GPS: 5.3837545, 101.0528849

16 MRSM Kuching (1993) Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Web: kuching.mrsm.edu.my

GPS: 1.6199169, 110.3428763

17 MRSM Muadzam Shah (1995) Pesiaran Dara, Bandar Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Web: muadzam.mrsm.edu.my

GPS: 3.058962, 103.0787891

18 MRSM Kota Putra (1998) Jalan Bukit Keluang, 22200 Besut, Terengganu

Web: kputra.mrsm.edu.my

GPS: 5.803724, 102.5883156

19 MRSM Langkawi (1999) Lot PT 2146 Jalan Kisap, Mukim Kuah 07000 Langkawi, Kedah

Web: langkawi.mrsm.edu.my

GPS: 6.3399938, 99.8660861

20 MRSM Lenggong (2001) Changkat Berangan, 33400 Lenggong, Perak

Web: lenggong.mrsm.edu.my

GPS: 5.0346102, 100.9525719

21 MRSM Mersing (2001) Lot 2824, KM 6, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor

Web: mersing.mrsm.edu.my

GPS: 2.3885731, 103.8420915

22 MRSM Pendang (2001) Jalan Jenun, 06750 Pendang, Kedah

Web: pendang.mrsm.edu.my

GPS: 5.946085, 100.4783634

23 MRSM Jeli (2001) Kg Gemang, 17700 Ayer Lanas, Kelantan

Web: jeli.mrsm.edu.my

GPS: 5.749227, 101.8594016

24 MRSM Tun Dr Ismail (2002) Jalan Benut, Jelutong, 82100 Ayer Baloi, Pontian, Johor

Web: tdi.mrsm.edu.my

GPS: 1.6112918, 103.3159138

25 MRSM Tun Ghazali Shafie (2002) KM 7, Jalan Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang

Web: tgs.mrsm.edu.my

GPS: 4.171045, 102.100903

26 MRSM Kota Kinabalu (2002) Peti Surat 50167, 88722 Putatan, Kota Kinabalu, Sabah

Web: kkinabalu.mrsm.edu.my

GPS: 5.801117, 116.0127434

27 MRSM Transkrian (2002) Mukim Transkrian, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Web: transkrian.mrsm.edu.my

GPS: 5.154467, 100.4812306

28 MRSM Batu Pahat (2002) Jalan Simpang Lima Separap, 83000 Batu Pahat, Johor

Web: bpahat.mrsm.edu.my

GPS: 1.9196548, 102.8642597

29 MRSM Kuala Kubu Bharu (2002) KM 8, Jalan Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Web: kkb.mrsm.edu.my

GPS: 3.5485065, 101.6739093

30 MRSM Kuala Krai (2002) Kampung Padang Sembilan, KM 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Web: kkrai.mrsm.edu.my

GPS: 5.5030179, 102.2166715

31 MRSM Pasir Salak (2003) KM 4, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah, Perak

Web: psalak.mrsm.edu.my

GPS: 4.2036317, 100.9611984

32 MRSM Besut (2004) Jalan Tembila, Kampung Raja, 20200 Besut, Terengganu

Web: besut.mrsm.edu.my

GPS: 5.7807777, 102.5831957

33 MRSM Gemencheh (2007) Lot P.T. 6016 dan 5282, Mukim Gemencheh, Kampung Sungai Dua, Jalan Besar, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan

Web: gemencheh.mrsm.edu.my

GPS: 2.5813041, 102.4749767

34 MRSM Alor Gajah (2007) Lot 1720, Mukim Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka

Web: agajah.mrsm.edu.my

GPS: 2.406788, 102.160456

35 MRSM Kubang Pasu (2007) Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong, Kampung Hutan Terabak, Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah

Web: kpasu.mrsm.edu.my

GPS: 6.3000382, 100.4128316

36 MRSM Merbok (2007) Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408, Jalan Taman Bujang, Mukim Bujang, 08400 Daerah Kuala Muda, Kedah

Web: merbok.mrsm.edu.my

GPS: 5.7029956, 100.4348052

37 MRSM Kepala Batas (2007) Lot 8784, Mukim 6 Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Web: kbatas.mrsm.edu.my

GPS: 5.5198923, 100.4712263

38 MRSM Tun Mustapha (2008) Peti Surat 61275, 91022 Tawau, Sabah

Web: tmustapha.mrsm.edu.my

GPS: 4.2671424, 117.9481157

39 MRSM FELDA (Trolak) (2008) Jalan Meranti 2, Felda Jaya Utara, 35600 Sungkai, Perak

Web: felda.mrsm.edu.my

GPS: 3.9219492, 101.3459567

40 MRSM Pengkalan Hulu (2008) Lot 2097, Lot 2103, KM 1, Jalan Baling, 33100 Pengkalan Hulu, Perak

Web: phulu.mrsm.edu.my

GPS: 5.717676, 100.9887197

41 MRSM Bentong (2009) Lot 2650 dan 1945, KM 63, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Mukim Bentong, 28700 Bentong, Pahang

Web: bentong.mrsm.edu.my

GPS: 3.4749141, 101.9117489

42 MRSM Betong (2009) Lot 175, Entaban Land District, Jalan Feeder, 95700 Betong, Sarawak

Web: betong.mrsm.edu.my

GPS: 1.372588, 111.578399

43 MRSM Mukah (2009) Jalan Bestari, 96400 Mukah, Sarawak

Web: mukah.mrsm.edu.my

GPS: 2.8856949, 112.0743761

44 MRSM Tun Abdul Razak (2010) Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan - Pekan, 26600 Pekan, Pahang

Web: tar.mrsm.edu.my

GPS: 3.5565664, 103.3889448

45 MRSM Tumpat (2010) Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh, Jalan Pengkalan Kubor, 16200 Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Web: tumpat.mrsm.edu.my

GPS: 6.2189655, 102.1193618

46 MRSM Baling (2010) Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah

Web: baling.mrsm.edu.my

GPS: 5.6378633, 100.9045529

47 MRSM Parit (2012) Lot 3836, Mukim Belanja, 32800 Daerah Perak Tengah, Perak

Web: parit.mrsm.edu.my

GPS: 4.4851305, 100.9171439

48 MRSM Johor Bahru (2012) PTD 198869, Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81780 Masai, Johor

Web: jbahru.mrsm.edu.my

GPS: 1.5199117, 103.8916064

49 MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (2013) Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang, 90000 Sandakan, Sabah

Web: tmfs.mrsm.edu.my

GPS: 5.9091887, 117.9981854

50 MRSM Sultan Azlan Shah (2015) KM13 Jln Kuala Kangsar-Gerik, Liman Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak

Web: sas.mrsm.edu.my/

GPS: 4.857722, 100.901615

51 MRSM Sungai Besar (2016) Mukim Sungai Panjang, 45300 Sabak Bernam, Selangor

Web: sgbesar.mrsm.edu.my

GPS: 3.7086421, 101.1323036

52 MRSM Arau (2017) Jalan ULU Pauh, FELCRA Ulu Pauh, 02600 Pauh, Perlis

Web: ra.mrsm.edu.my

GPS: 6.453018, 100.347270

53 MRSM Semporna (2017) Jalan Tagasan, Kampung Tagasan Tani, 91308 Semporna, Sabah

Web: https://www.facebook.com/mrsmsemporna/

GPS: 4.42816, 118.54432

54 MRSM Bagan Datuk (2021) Jalan Simpang Empat - Bagan Datuk, 36100 Bagan Datuk, Perak

Web: bdatuk.mrsm.edu.my

GPS: 3.96541, 100.78649

55 MRSM ATM Bera (2021) Jalan Helang, Felda Triang 1, 28200 Bera, Pahang

Web: https://www.facebook.com/mrsmbera/

GPS: 3.20001, 102.47999

56 MRSM Ranau dalam pembinaan

GPS: 5.99338, 116.68245

57 MRSM Bintulu dalam pembinaan

GPS: 3.13865, 113.06175

58 MRSM Dungun dalam pembinaan

GPS: 4.80211, 103.41270

59 MRSM Lawas dalam pembinaan

Untuk melihat peta lokasi sesebuah MRSM, anda hanya perlu masukkan (copy paste) koordinat GPSnya ke dalam Google Search atau Google Maps. Untuk sistem navigasi, masukkan koordinat ke dalam kotak destinasi.

Alamat peta lokasi MRSM

Senarai MRSM Premier (MRSM Biasa)

Program Premier melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.

Ini bermakna pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus pembangunan sahsiah. Buat masa ini terdapat 28 buah MRSM yang menawarkan Program Premier.

MRSM Arau, MRSM Beseri, MRSM Felda, MRSM Gerik, MRSM Jeli, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuala Krai, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Lenggong, MRSM Merbok, MRSM Mersing, MRSM Muadzam Shah, MRSM Muar, MRSM Pasir Salak, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pendang, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM Transkrian, MRSM Tun Ghazali Shafie, MRSM Tun Mustapha, MRSM Kota Kinabalu, MRSM Mukah, MRSM Betong, MRSM Kuching, MRSM Terendak, MRSM Besut, MRSM PDRM dan MRSM Pengkalan Hulu

Senarai MRSM PKP / Bitara

Program Bitara / Program Khas Pendidikan (PKP) menawarkan program pendidikan untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi melalui pendekatan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar. Program pintar cerdas menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan Program Bitara.

MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Taiping dan MRSM Tun Ghafar Baba

Senarai MRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Ia bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh, MRSM Kepala Batas, MRSM Sungai Besar, MRSM Semporna, MRSM Bagan Datuk dan MRSM ATM Bera

Senarai MRSM Dwisijil IGCSE

Program Dwisijil IGCSE menawarkan dua sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) dan SPM.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE 0 Level. Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar.

Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5. Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan program Dwisijil IGCSE.

MRSM Kuantan, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Kota Putra, MRSM Langkawi, MRSM Batu Pahat, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Alor Gajah, MRSM Kubang Pasu, MRSM Tun Mustapha, MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Baling, MRSM Tumpat, MRSM Johor Bahru, MRSM Parit dan MRSM Pengkalan Hulu

Senarai MRSM IB MYP

Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate. Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan program IB MYP.

MRSM Balik Pulau, MRSM Tun Dr Ismail dan MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens


Senarai MRSM Teknikal

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan (yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal) pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada peringkat menengah atas. Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan Program Teknikal.

MRSM Bentong

Senarai MRSM Menengah Atas

Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan pendidikan menengah atas (Tingkatan 4 - 5) sahaja. Manakala kesemua MRSM yang lain menawarkan program pendidikan menengah rendah dan menengah atas (Tingkatan 1 - 5).

MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping dan MRSM Imtiaz YT Ketengah*

Semoga info mengenai alamat, laman web rasmi dan koordinat GPS MRSM ini berguna buat pembaca.

* MRSM Imtiaz YT Ketengah (2016-2019) telah ditutup pada 31 Disember 2019