Semakan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP, SMKA, SMT, MTD, KV) 2022

Semakan keputusan permohonan tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia ke Sekolah Khusus kemasukan tahun 2022.

Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan tawaran ke Sekolah Khusus ambilan tahun 2022. Sekolah Khusus merangkumi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera DiRaja (MTD).

Pelajar-pelajar yang telah memohon untuk memasuki Sekolah Khusus ambilan 2022 bolehlah membuat semakan bermula pada tarikh yang diumumkan. Semakan tawaran boleh dilakukan secara online.

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus 2022

Aplikasi semakan tawaran kemasukan akan dibuka mulai 15 Mac 2022.

Cara Semakan Tawaran ke Sekolah Khusus

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara online menerusi Sistem Permohohan Atas Talian yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pautan berikut:

semakan kemasukan sekolah khas 2022 SBP, SMKA, SMT, MTD dan KV

Sekiranya permohonan anda berjaya (mendapat tawaran), sila sahkan samada anda menerima atau menolak tawaran; dan cetak surat tawaran sekiranya anda terima.

Rayuan ke Sekolah Khusus Ambilan 2022

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian (di pautan yang sama seperti di atas). Tarikh permohonan rayuan ialah dari 15 Mac hingga 29 Mac 2022.

Semoga adik-adik berjaya mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian pilihan masing-masing.