Tarikh Dan Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2021

Tarikh bayaran dan amaun Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2021 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan persekutuan. Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menunaikan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Bantuan Khas ini diharap dapat membantu mereka membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri serta dijadikan sebagai penggalak untuk mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

[Baharu] Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Bantuan khas ini melibatkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan juga pesara kerajaan.

bayaran bonus khas aidilfitri penjawat awam 2021

Tarikh Dan Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri

Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2021.

Nama Bantuan Tarikh Bayaran Amaun
Penjawat Awam Pesara Kerajaan
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 6 Mei 2021 RM500 RM250

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021

Semoga Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2021 dan tahun-tahun akan datang.