Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 2019

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan 2019. Murid-murid cemerlang yang berminat untuk melanjutkan pelajaran sekolah menengah di SBP boleh memohon secara online di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut diterangkan cara-cara memohon untuk ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SBP untuk kemasukan tahun 2019.

Sila rujuk Senarai Ranking SBP Terbaik untuk membantu anda memilih tiga nama SBP yang perlu diisi dalam borang permohonan.

Untuk memohon ke MRSM sila layari Permohonan ke MRSM 2019.


Permohonan ke SBP Tingkatan 1 Tahun 2019

Permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online di laman web Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019, mulai 27 Ogos 2018 di pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ambilan 2019:

  • Permohonan dibuka mulai 27 Ogos sehingga 30 September 2018.
  • Baca dan fahami info SBP serta panduan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan Ibubapa/Penjaga/Guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran UPSR 2018.


Permohonan ke SBP Tingkatan 4 Tahun 2019

Permohonan ke SBP Tingkatan 4 boleh dibuat secara online menerusi laman web Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019, mulai 1 November 2018 di pautan berikut:

https://sst4.moe.gov.my/

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan 2019:

  • Permohonan akan dibuka pada 1 November sehingga 16 Disember 2018.
  • Baca dan fahami Info SBP serta Panduan Permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran PT3 2018.

sbp


Tarikh Semakan Keputusan Pemilihan Dan Penempatan ke SBP

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP 2019 akan diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2018.

Manakala untuk keputusan pemilihan ke Tingkatan Empat SBP 2019, ia akan diumumkan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2019.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke SBP, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Semoga berjaya.