Semakan Tawaran SBP Tingkatan 1 2020

Semakan tawaran penempatan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020.

Keputusan permohonan kemasukan ke SBP boleh disemak secara online menerusi Laman Semakan dan Cetakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk tawaran kemasukan ke Tingkatan 4, sila layari Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2020.


Semakan Tawaran SBP 2020 Tingkatan 1 Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan / penempatan serta cetakan surat tawaran ke Tingkatan 1 SBP tahun 2020 akan dibuka mulai 18 Disember 2020 sehingga 7 Januari 2020.

Semakan boleh dibuat secara online menerusi pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1

Sila masukkan angka giliran UPSR 2019 dan klik butang "Semakan" untuk mula menyemak.


Cara Lain Semakan Keputusan Tawaran ke SBP

Selain dari semakan secara online, pemohon juga boleh menyemak tawaran SBP menggunakan kaedah-kaedah berikut:

  • Hadir di kaunter BPSBPSK KPM, Cyberjaya
  • Menghubungi talian hotline BPSBPSK: 03-83217400
  • Hadir di kaunter JPN/PPD yang berhampiran
  • Makluman melalui SMS (calon berjaya)


Penerimaan Tawaran ke SBP

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, pemohon hendaklah mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

Tawaran kemasukan ke mana mana SBP adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain atau bertukar aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

keputusan tawaran penempatan sbp tingkatan 1


Rayuan Kemasukan ke SBP

Untuk pemohon yang tidak berjaya, rayuan kemasukan boleh dikemukakan secara online mulai pada tarikh yang sama keputusan permohonan diumumkan.
Sila klik pautan "e-Rayuan" yang terdapat di dalam halaman keputusan semakan anda.

Untuk info lanjut dan terkini mengenai tawaran kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Semoga berjaya.