Semakan Keputusan UPSR Dan PASR 2019 Online Dan SMS

Tarikh dan semakan keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019. Result Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 bagi murid aliran perdanan dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 bagi murid berkeperluan khas akan keluar tak lama lagi.

UPSR/PASR adalah salah satu komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid Tahun 6 pada akhir persekolahan peringkat rendah.

Semakan ringkasan keputusan UPSR dan PASR boleh dibuat secara online atau melalui SMS. Manakala slip keputusan penuh UPSR/PASR boleh didapati dengan calon atau waris hadir sendiri ke sekolah masing-masing atau JPN.


Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR dan PASR

Keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019 akan keluar pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah boleh diperolehi pada masa yang sama.


Semakan Keputusan UPSR/PASR Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan UPSR dan PASR secara online boleh dibuat dengan melayari laman aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia di alamat berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan
(Akan aktif bermula pada tarikh dan masa keputusan diumumkan)

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan dan seterusnya tekan butang "SEMAK".


Semakan Keputusan UPSR/PASR Melalui SMS

Semakan boleh dibuat mulai dari jam 10:00 pagi 21 November 2019 dan berakhir jam 6 petang 27 November 2019.

semakan keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR 2019 menggunakan khidmat mySMS:

  1. Taipkan:

    UPSR<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: UPSR   AZ1211283

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Pastikan Angka Giiiran seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Untuk semakan PASR, tukar "UPSR" kepada "PASR".

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.


Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR/PASR

Calon yang tidak berpuas hati dengan result masing-masing boleh membuat permohonan untuk semakan semula keputusan UPSR/PASR mereka.

Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan, dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A).

Borang Permohonan Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Semoga berjaya kepada adik-adik dan ibu bapa sekalian.