Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan 4 2019

Permohonan secara online kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2019 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dibuka mulai 9 September 2018.

MARA mempelawa calon-calon yang cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke MRSM. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sebelum memohon, sila baca dahulu iklan permohonan dan panduan mengisi borang permohonan. Iklan permohonan mengandungi maklumat penting mengenai permohonan seperti program yang ditawarkan serta syarat-syarat kelayakan.

Untuk memohon ke SBP, sila klik Permohonan ke SBP 2019.

permohonan MRSM 2019 tingkatan 1 tingkatan 4


PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1

Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2018.


Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 1

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 ambilan 2019 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.


PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4


Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 4

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ambilan 2019 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.


Tarikh Tutup Permohonan MRSM 2019

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke MRSM 2019 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ialah pada 30 November 2018, manakala untuk Tingkatan 4 ialah 15 Disember 2018.


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2019

Keputusan permohonan ke MRSM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Maklumat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2019 akan dikemaskini kemudian.

Nota: Pemohon yang ditawarkan atau sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.