Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2019

Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) ambilan 2019.

UKSBP adalah merupakan satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran memasuki SBP.

Bagi murid yang telah memohon untuk ke Tingkatan 1 SBP ambilan tahun 2019, anda hendaklah menyemak samada terpilih untuk menduduki UKSBP atau tidak.


Cara Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2019

Semakan kelayakan dan pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) boleh dibuat secara online mulai 5 Oktober 2018 menerusi pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm

Sila masukkan angka giliran UPSR 2018 dan klik butang "Klik Untuk Semak" untuk mula menyemak.


Lokasi Dan Tarikh UKSBP

UKSBP akan dijalankan serentak di 207 pusat yang ditetapkan di seluruh negara. Tarikh ujian UKSBP adalah pada 15 dan 18 Oktober 2018.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh uksbp

Untuk info lanjut dan terkini mengenai kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah SBP. Semoga anda berjaya dalam UKSBP dan seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).